Bukan senang untuk membesarkan anak-anak masa kini. Pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi terutamanya bagi kita yang masih mentah dalam dunia keibubapaan.

Namun, itu bukan penghalang untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Jadilah ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan sentiasa menambah ilmu tentang perkembangan anak-anak dan keibubapaan.

Hanya dengan ilmu sahaja kita boleh berubah dan sentiasa membaiki diri agar dapat membesarkan anak-anak menjadi insan yang cemerlang.

Di sini, saya kongsikan beberapa orang pakar yang sering saya ikuti mereka di media sosial atas perkongsian-perkongsian yang penuh dengan informasi dan manfaat untuk masyarakat.

1. Dr. Putri Azfan Maria

Sangat terinspirasi dengan pengasas Kinderkaizen ini. Beliau adalah pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan sangat mempunyai motivasi yang tinggi dalam memperjuangkan hak kanak-kanak.

Kata-kata beliau “Kembalikan fitrah anak-anak untuk bermain” seolah-olah menyedarkan ibu bapa kini daripada lamunan dan angan-angan yang sentiasa inginkan anak-anak pandai akademik sahaja tetapi menafikan hak mereka menikmati zaman kanak-kanak sehingga mengganggu emosi mereka.

Ikuti tulisan dan perkongsian beliau di media sosial, bengkel, seminar dan televisyen untuk memperolehi pelbagai ilmu tentang perkembangan awal kanak-kanak. Saya pasti anda akan sangat terinspirasi dengan pakar ini!

FB: Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli

Dr Putri Afzan

Imej via facebook

2. Dr. Mahani Razali

Seorang Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di RichKnowledge Training & Consultancy. Beliau juga telah menerbitkan pelbagai buku best seller yang berkaitan dalam bidang ini antaranya:

  • Aktiviti Awal Matematik Kreatif (3-6 tahun)
  • Aktiviti Sains  Kreatif (3-6 tahun)
  • Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak
  • Aktiviti Pembelajaran Bahasa Inggeris Kreatif
  • Aktiviti Pembelajaran Yang  Menyeronokkan (0-4 tahun)
  • Aktiviti Kreatif Merangsang Perkembangan Sosio-Emosi (3-6 tahun)
  • RPH Taska
  • RPH Pra Sekolah

Jangan lupa klik see first facebook beliau kerana ilmunya sangat luas dan sangat berguna untuk mendidik anak-anak masa kini.

FB: Mahani Razali

Dr Mahani

Imej via facebook

3. Dr. Taufiq Razif

Beliau adalah antara public figure yang memiliki keluarga telegram terbesar di Malaysia sehingga 70 ribu pengikut! Ternyata perkongsiannya tentang ilmu kekeluargaan sangat bermanfaat untuk masyarakat.

Pelbagai perkongsian seperti gaya parenting, cara berkomunikasi dengan anak dan tips mengawal tantrum si kecil boleh dijadikan panduan buat kita dalam usaha menjadi ibu bapa yang lebih peka akan keperluan emosi-sosio anak-anak.

Tidak rugi jika anda menyertai keluarga telegram beliau kerana Dr Taufiq sangat aktif berkongsi pelbagai info yang berguna.

Telegram: t.me/NotaTaufiqRazif

FB: Taufiq Razif

Dr Taufiq

Imej via facebook

4. Puan Nurliyana Raya

Merupakan seorang Juruterapis Cara Kerja dan Pengurus Klinikal di Impian Therapy Center. Puan Liyana Raya turut sering berkongsi tentang perkembangan kanak-kanak di media sosial.

Banyak ilmu yang di ketengahkan antaranya tentang hypernumeric, hyperlexia, sensory processing disorder dan banyak lagi yang berkaitan dengan isu perkembangan kanak-kanak.

Beliau juga turut mengadakan bengkel di seluruh Malaysia demi menyampaikan ilmu kepada ibu bapa, pengasuh, guru-guru tanpa jemu. Ikuti bengkel beliau, pasti banyak ilmu boleh dimanfaatkan.

FB: Liyana Raya

Puan Liyana Raya

Imej via facebook

5. Puan Siti ‘Aisyah Rozalli

Perkongsian yang santai, berilmiah dan berkonsepkan mind mapping sangat mudah difahami dan di praktikkan oleh masyarakat. Puan Siti ‘Aisyah merupakan seorang Juruterapis Cara Kerja yang sangat berpengalaman dan merupakan pengasas GymCademy di Melaka.

Puan Siti Aisyah

Imej via facebook

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga turut mengadakan bengkel online super parenting khas untuk ibu bapa, pengasuh, guru-guru yang kesuntukkan masa dalam mendalami ilmu parenting. Bengkel online ini membincangkan pelbagai aspek yang lengkap tentang perkembangan awal kanak-kanak.

Baru- baru ini juga beliau telah membuka Integrated Quranis Academy (IQrA) yang merupakan satu program khusus pembelajaran Iqra dan Al quran bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Semoga usaha murni ini dalam mendidik anak-anak istimewa ini diberkati Allah swt.

FB: OT AisyahRozalli

6. Puan Mahfuzah Zainol

Beliau merupakan Penolong Pengarah (Terapis CaraKerja) di Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelbagai isu dan perkongsian dikongsikan beliau di media sosial seperti Cara Membentuk Tingkahlaku Baru, Perkembangan Motor Kasar dan Halus, dan Kemahiran Menulis serta Mewarna.

Puan Mahfuzah turut aktif mengadakan seminar dan bengkel di serata Malaysia serta turut menghasilkan pelbagai buku yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.

FB: Mahfuzah Zainol

Puan Mahfuzah Zainol

Imej via facebook

7. Puan Maryam Jamadi

Puan Maryam merupakan Juruterapis Cara Kerja di Home Therapy Center dan sangat aktif berkongsi pelbagai isu di media sosial. Kebanyakkan daripada hasil penulisan beliau seringkali diterbitkan di kolum-kolum majalah terkenal seperti majalah Pa&Ma.

Antara penulisan beliau yang mendapat perkongsian meluas di media sosial ialah pengaruh gajet kepada anak, kepentingan survival skills kepada anak-anak dan cara memilih permainan yang baik untuk mereka.

Beliau juga sangat aktif mengadakan bengkel yang berkaitan perkembangan anak-anak dan antaranya ialah ROAD TOUR 2018 Kelas Merangsang Perkembangan Anak di serata Malaysia.

FB: Maryam Jamadi

Puan Maryam

Imej via facebook

8. Puan Ilyani Munsarikh

Tidak keterlaluan jika saya katakan dimana terlalu banyak ilmu yang diperolehi oleh ibu bapa, pengasuh, guru-guru yang telah mengikuti pelbagai perkongsian Puan Ilyani di media sosial. Apatah lagi, perkongsiannya sangat berilmiah dan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek tentang perkembangan kanak-kanak.

Beliau merupakan Pengetua  di APC Sri Gombak ll dan Pengasas LOPPY (Islamic Learning Circle for Kinesthetic Children) di Sri Gombak. Pastikan anda menjadi salah seorang followers beliau jika tidak mahu ketinggalan setiap ilmu yang dikongsikan.

FB: Ilyani Munsarikh

Puan Ilyani

Imej via facebook

9. Puan Ruby Atika

Beliau merupakan Terapis Pertuturan Bahasa dan  Pengasas kepada  Ruby EIP Center. Sering berkongsi tentang bagaimana merangsang kemahiran bertutur di kalangan kanak-kanak dan juga pelbagai tips yang menarik seperti cara meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak serta siri bercakap dengan bayi di awal usia.

Puan Ruby juga telah menghasilkan bahan bantuan mengajar khas untuk melatih anak-anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Jika anda inginkan bahan mengajar ini, boleh membuat tempahan secara langsung dengan beliau kerana ia sangat mudah dan praktikal untuk merangsang perkembangan bahasa anak-anak.

FB: Ruby Atika

Puan Ruby

Imej via facebook

10. Puan Iffah Rashida

Puan Iffah juga adalah Terapis Pertuturan Bahasa yang sering menulis pelbagai isu yang berkaitan tentang perkembangan bahasa di kalangan kakak-kanak. Antaranya, kemahiran interaksi sosial kanak-kanak, tips merangsang perkembangan kosa kata, penghasilan bahasa dan pertuturan.

Jangan lupa klik follow Puan Iffah di media sosial kerana banyak ilmu telah dikongsi dan pasti sangat bermanfaat untuk ibu bapa sekalian.

FB: Iffah Rashida

11. Puan Maznah Ibrahim

Penulis buku best seller “Saya Tak Nak Marah Anak Lagi” iaitu Puan Maznah Ibrahim juga sering menulis tips-tips yang menarik terutamanya dalam memahami emosi anak-anak. Selain menulis, beliau juga aktif berseminar seperti Seminar “TANG” dan “Eh Sabar” yang membincangkan tentang pengurusan emosi di kalangan ibu bapa dan anak-anak.

Antara penulisan Puan Maznah di media sosial yang mendapat perkongsian meluas ialah tips bagaimana memenuhi tangki emosi anak-anak kembali dan cara meningkatkan EQ anak-anak dalam kehidupan harian mereka.

Anda ingin membentuk emosi positif dalam keluarga? Wajib follow Puan Maznah untuk pelbagai ilmu yang menarik ini.

FB: Maznah Ibrahim

Puan Maznah

Imej via facebook

12. Puan Aabidah Ab Ghani

Beliau merupakan seorang Juruterapis Cara Kerja dan Pengasas kepada Wafa Therapy Center. Ibu bapa akan memperolehi pelbagai ilmu yang bermanfaat hasil perkongsian beliau seperti memahami perkembangan motor kasar dan halus, tips menulis dan cara meningkatkan fokus di kalangan kanak-kanak.

Seperti pakar-pakar yang lain, Puan Aabidah juga turut mengadakan bengkel yang berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak di pelbagai lokasi. Jangan ketinggalan untuk turut serta dalam bengkel beliau, pasti banyak ilmu yang boleh dipraktikkan.

FB: Aabidah Ab Ghani

Puan Aabidah

Imej via facebook

Terlalu banyak perkara yang kita tidak ketahui dalam memahami setiap perkembangan anak-anak. Maka, kita perlulah mencari ilmu tersebut melalui pelbagai sumber seperti buku, jurnal, bengkel dan seminar yang disampaikan oleh pakar-pakar seperti di atas agar dapat menjadi ibu bapa yang peka akan asas perkembangan anak masing-masing.

Selamat menuntut ilmu ya!

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.