Tips Berkesan ‘Negotiate’ Dengan Anak Kecil

The power of negotiation with toddlers!

Antara cara untuk mengelak si kecil mengamuk bila kita nak berhentikan sesuatu aktiviti yang dia suka (tengok cartoon, main mainan yg dia sangat suka, gajet) adalah melalui perundingan.

Tengok TV
Imej via mojzagrebinfo

Tingkah laku perlu dibentuk sejak awal lgi walaupun ketika itu anak belum faham konsep yg hendak diajarkan, tetapi jika kita tegas bertempat, tidak goyah dan pegang pada kata-kata yg dikatakan. InsyaAllah anak akan belajar untuk percaya bahawa ‘ucapan’ ibu bapa kita tidak boleh dimanipulasikan.

Utk memahamkan anak.

1) Stage awal: tetapkan tempoh

Sejak awal 18bulan.

Hani: tengok tv

Mama: ok hani, lagi 10 saat tengok n then mama tutup.

Hani: … blur tiada respons.

Mama: counting 1, 2,3,4,….. 10. Ok. (Mana switch off TV)

Hani:… cry and cry and cry.

Mama: Already 10 second. Tv off and wait for her to finish her crying.

(Ibu bapa mesti tegas, anak-anak akan cuba pelbagai teknik utk pastikan ibu bapa goyah- cobaan)

Ulang step ini in anything that needs boundaries.

After dia dah faham, boundaries, time limit. Process perundingan boleh dimulakan. Usually around 3 to 4 plus bila anak suka independent, and like to be in control and in charged.

Bila anak suka jadi ketua dan berdikari. Benarkan dia buat keputusan dengan memilih jawapannya sendiri.

Contoh that happen recently.

Hani: (sedang tengok cerita frozen)

Along: Ok Hani, tutup TV time to go to bed.

Hani: tak nak, tak nak nk tengok smpai habis! Start gelisah dan nak menangis

Mama: Ok hani, dah lambat, hani kena tido.

Hani pilih nak tengok lagi 10 saat atau 20 saat.

(Hani belum faham 20 saat lebih lama dari 10saat) jadi mama beri penerangan….

Mama: 10 saat sekejap, 20 saat lama. Hani nk sekejap atau lama?

Hani: Yang lama.

Mama: Ok 20 saat yea.

Hani: Lama, 20 saat.

Mama: counting.. 1,2,3….20. Ok habis

Hani: Dengan senang hati, tutup TV, and get ready for bed.

Everyone in the family. Bagus hani (pujian itu perlu)

Phew.. elak tantrum x tentu pasai!

Runding bila perlu. Runding sebelum berlakunya tantrum.

If anak dah start tatrum, rundingan x work kena tunggu anak bertenang dulu baru boleh explain.

Saat tengah mengamuk, anak tidak boleh pay attention kepada apa yg ibu bapa cuba terangkan!

Hang in there parents!

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!