Nota Editor: Disini kami kongsikan artikel gincu dan penyakit jantung. Artikel ini datangnya daripada myhealth dan telah diterbitkan di  Utusan Malaysia [02/12/2013]. Walaupun sudah lama, artikel ini nampak menarik untuk dikongsikan.

—————————————————————————————————————–

4211453457_99c4a90a58_oflickr

Saya kurang pasti dengan kenyataan tersebut. Apa yang saya tahu, isu gincu berkaitan kandungan plumbum dalam produk berkenaan. Semakin tinggi kandungan plumbum, semakin tinggi risiko mendapat kanser.

Saya juga pernah terbaca artikel yang dimaksudkan. Artikel ini hanya satu eksperimen terpencil yang dilakukan oleh para penyelidik Jabatan Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan kimia di dalam gincu.

Penyelidik melakukan kajian terhadap tikus dan mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia itu mengalami gangguan otak sekali gus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi otot.

Bagaimanapun kajian tersebut tidak menceritakan dengan terperinci tatacara kajian sebenarnya yang telah dilakukan ke atas tikus-tikus tersebut. Kita tidak boleh membuat sesuatu kesimpulan yang muktamad berkenaan sesuatu perkara jika kurang jelas. Perkara ini perlu dikaji dengan terperinci.

Punca penyakit jantung

Penyebab penyakit jantung pada umumnya adalah akibat gaya hidup yang kurang sihat. Stigma masyarakat mengenai penyakit jantung hanya menyerang golongan lelaki harus diperbetulkan kerana wanita juga berisiko mendapat penyakit yang menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia itu. Ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan sukar dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama sahaja di antara lelaki dan wanita.

Wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat sedikit berbanding lelaki. Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka dilindungi aras hormon estrogen yang tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelak daripada diserang penyakit itu.

Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik lelaki atau wanita. Namun faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung adalah diabetes mellitus yang menjadi ‘ibu’ kepada penyakit kardiovaskular. Punca utama penyakit jantung dalam kalangan wanita adalah usia seseorang wanita itu.

nosmokegoredforwomen.org

Wanita yang telah menopaus berisiko lebih tinggi mengalami sakit jantung berbanding wanita muda. Punca lain adalah aras kolesterol berlebihan, tekanan darah tinggi, merokok, gaya hidup di bawah tekanan tinggi, lemak badan berlebihan dan mempunyai ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter. Punca lain meningkatkan risiko sakit jantung adalah kurang bersenam, kencing manis atau sejarah keluarga dengan masalah jantung.

Serangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.

Wanita lebih berwaspada terhadap kanser payudara dan kanser serviks hingga kurang mengambil berat tentang kesihatan jantung walhal punca kematian akibat penyakit jantung 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding akibat kanser di kalangan wanita.

 

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.