, ,

Microwave: Si Pembunuh Senyap. Fakta Memeranjatkan Patut Anda Tahu

Masa kini, microwave merupakan antara kelengkapan dapur yang wajib dimiliki hampir setiap rumah. Selain memudahkan, banyak masa boleh dijimatkan dengan adanya microwave.

Saya baru-baru ini mencuba teknik mudah yang diajar oleh rakan saya. Menggoreng keropok ikan dan ikan bilis hanya dengan 1 minit di microwave! Saya terkagum. Selama ini, saya hanya tahu penggunaan microwave hanya setakat untuk memanaskan makanan dan mencairkan bahan mentah yang baru dikeluarkan dari peti sejuk beku. Macam-macam teknologi zaman sekarang kan?

Namun begitu, akibat terlalu bergantung dengan microwave, sedikit pun tidak saya sedari bahawa microwave merupakan pembunuh senyap.

Bagaikan gunting dalam lipatan. Tampak memberi seribu kebaikan pada kita, tetapi hakikatnya ia turut memberi mudarat pada kita. Ketahui fakta mengejutkan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Microwave: Si Pembunuh Senyap. 12 Fakta Memeranjatkan Patut Anda Tahu

Microwave menggunakan sumber tenaga elektromagnet untuk memanaskan molekul air dalam makanan. Dengan cara ini, suhu molekul tersebut meningkat secara mendadak hingga menyebabkan makanan boleh dipanaskan.

Namun begitu, microwave bukan sahaja berkait rapat dengan kemandulan lelaki, ia juga menyebabkan kehilangan pelbagai protein dalam makanan hingga menyebabkan makanan tersebut tidak dapat dihadam dengan baik dalam perut.

Cuba fikirkan pelbagai makanan segera yang dijual di pasaraya masa kini? Nasi berlauk daging merah pun boleh dijual dalam paket! Lengkap dimasak hanya perlu dimasukkan ke dalam microwave sahaja untuk dipanaskan.

Hanya dengan alasan tidak mempunyai masa dan malas, menyebabkan kita dan keluarga kita memakanan makanan yang tiada nutrisi selama ini. Tidak hairanlah pelbagai masalah kesihatan semakin meningkat menimpa ramai orang hari ini.

Dari sudut sains, microwave membebaskan besi dan pelbagai lagi bahan radikal bebas yang boleh membunuh virus dan bakteria tetapi tidak boleh membunuh bahan toksin dan mikrotoksin. Para saintis merumuskan bahawa, makanan yang dimasak menggunakan microwave kehilangan sebanyak 60% hingga 90% jumlah tenaga serta mengubah struktur asal nutrien di dalamnya hingga boleh menyebabkan penyakit dan masalah penghadaman pemakannya. Microwave juga didapati boleh meningkatkan jumlah sel kanser dalam darah, perut dan usus.

Microwave juga berhadapan dengan isu kebocoran radiasi yang serius. Radiasi dari microwave sangat dikenali dalam menyebabkan penyakit katarak, masalah kelahiran bayi tidak normal, kanser dan pelbagai lagi penyakit yang serius. Disebabkan itu, microwave pernah diharamkan oleh Soviet Union pada tahun 1976. Saintis Soviet berpendapat bahawa, makanan yang terdedah pada microwave mengurangkan keupayaan vitamin dalam makanan tersebut untuk diserap oleh badan.\

fakta memeranjatkan microwave

Tiada lansung sebarang atom, molekul atau sel dari sistem bahan organik yang mampu bertahan dengan gelombang tenaga dari microwave – walapun anda memanaskan makanan hanya 10 saat. Microwave memusnahkan molekul vitamin dan phytonutrients yang biasanya dijumpa secara semulajadi di dalam makanan dengan serta merta!

Kesan Buruk Penggunaan Microwave

Berikut merupakan kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Rusia baru-baru ini:

Daging yang disediakan menggunakan microwave boleh menyebabkan masalah penghadaman pada pemakanan disebabkan terbentuknya karsinogen akibat terdedahnya pada gelombang elektromagnet.

Susu dan bijirin yang dipanaskan menggunakan microwave boleh menukarkan asid amino didalamnya kepada karsinogen – antara bahan penyebab kanser.

Buahan yang disejukbeku kemudian dipanaskan ke dalam microwave boleh mengubah kandungan glukosida dan galaktosidanya kepada bahan karsinogen.

Pengurangan kandungan vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, zat-zat mineral dan lipotropics dalam makanan.

Khasiat dalam sayuran dan buahan termusnah serta merta apabila dipanaskan menggunakan microwave.

Menurut pakar perubatan, berikut merupakan kesan microwave terhadap kesihatan kita:

Kurangnya keupayaan daya ketahanan tubuh untuk menghalang sel kanser dari menyerang.

Peningkatan kadar pembentukan sel kanser di dalam darah.

Meningkatnya kadar kanser perut, usus serta masalah penghadaman.

Penurunan Kualiti Makanan

Makanan yang terdedah pada microwave boleh menyebabkan penurunan tahap kualiti makanan yang signifikan. Di bawah merupakan kesan pengunaan microwave pada makanan.

1. Penurunan bioavailability (keupayaan badan untuk memanfaatkan nutrien dalam makanan) vitamin B-complex, Vitamin C, vitamin E, zat dan mineral serta lipotropics dalam semua makanan.

2. Kehilangan 60-90% medan tenaga terpenting (vital energy field) yang terkandung dalam makanan.

3. Terhapusnya kualiti dan tahap nutrisi nucleoproteins dalam daging.

4. Struktur asal molekul dalam makanan berpecah secara mendadak.

microwave pembunuh senyap

Bagaimana Memanaskan Makanan Anda Dengan Cara Sihat

Perlunya anda tahu, setiap kali anda memanaskan suatu makanan, nilai nutrisi dan zat dalam makanan tersebut turut berkurang. Namun begitu, memanaskan makanan dalam kuali besi (cast iron pan) menggunakan dapur gas merupakan cara alternatif paling menyihatkan. Tampak ketinggalan zaman dan menyusahkan tetapi lebih baik berbanding menggunakan microwave.

Kurangkan penggunaan microwave – hanya guna apabila anda benar-benar terpaksa. Usahakan sekurang-kurangnya separuh dari pemakanan anda disediakan dari bahan mentah yang tidak disejukbekukan. Kedengaran sukar, tetapi ia merupakan langkah yang besar dalam memastikan anda mendapat kualiti makanan yang terbaik.

Ibu saya sering berkata pada saya, “makanan yang berpaket atau terpaksa dipanaskan sebelum dimakan, berkebarangkalian yang tinggi mempunyai kadar nutrisi yang sangat sedikit”. Beliau tidak suka kami memilih memakan makanan yang sudah diproses. Oleh itu, pilih makanan yang sebaiknya untuk keluarga anda dan usahakan untuk makan di rumah. Kebersihan tidak diragui, kandungan zat dan nutrisi dijamin.

Semoga bermanfaat. Wassalam 🙂

Kredit gambar: Shawn.O, Theen Moy, Wendell

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Ummu Hatim

Ummu Hatim

Ummu Hatim adalah salah seorang penulis tetap di Bidadari.My. Penulisannya banyak mengenai keibubapaan dan tips kesihatan. Menulis untuk mendidik diri sendiri disamping berkongsi ilmu pembacaan yang ada.

Comments

Leave a Reply
    • Betul tu puan. Teknologi- ada kalanya memudahkan urusan, adakalanya memudaratkan kita tanpa sedar. Seperti fast food, memudahkan, tetapi memudaratkan tanpa sedar

  1. Terima kasih atas info yg berguna ini.
    Bagaimana dgn pengunaan oven, adakah kaedah memanaskn mkanan menggunakan oven akan mengurangkn nutrisi mknanan?

    • Secara peribadi, saya lebih melihat oven seperti kaedah memasak atau memanaskan makanan tradisional, sama seperti memanaskan makanan di atas dapur.
      Namun begitu, perlu diingatkan, nutrisi makanan pasti akan hilang sekiranya makanan tersebut dipanaskan berulang kali, tidak kira apa cara yang digunakan untuk memanaskan makanan tersebut. Apa yang puan boleh lakukan, adalah bahagikan makanan tersebut kepada beberapa portion, jadi panaskan makanan mengikut kuantiti yang mahu dimakan. Portion yang lain boleh disimpan didalam peti sejuk beku atau peti sejuk biasa. Dengan cara ini, puan boleh elakkan dari memanaskan makanan berulang-ulang kali 🙂

    • Membeli microwave adalah pilihan. Adakalanya, ia perlu disebabkan masa kita yang semakin sedikit zaman kini, lebih-lebih lagi apabila isteri tersebut bekerja. Tetapi penggunaannya haruslah berpada-pada. Walau apa pun, semuanya terpulang pada puan. Kerana yang lebih mengetahui baik atau buruk sesuatu itu adalah puan sendiri, bukan orang lain 🙂

    • Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, setiap benda yang dilakukan atau digunakan haruslah berpada-pada. Tetapi kalau suami tidak izinkan, bermakna suami puan tahu apa yang terbaik untuk puan sekeluarga, inshaAllah 🙂

  2. The anti-microwave camp tends to rely on the Powerwatch summary of old Russian studies and un-reviewed reports by Kopp and Hertel. Those claiming that microwaves are safe are backed by federal agencies, university studies, and safety experts.

    Although it appears that both sides of this issue can cite studies as proof that they are right, a vast majority of scholars, researchers, federal agencies, and those in the medical field believe microwave ovens are safe.

    • Terima kasih atas perkongsian info tambahan. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua, dan menjadi asbab pahala untuk saudara 🙂

    • Setiap benda, tidak kira sebaik mana manfaatnya, pasti akan membawa mudarat sekiranya digunakan berlebihan. Artikel di atas lebih kepada berkongsi keburukan microwave yang tidak ramai orang tahu. Tetapi kebaikan nya masih ada sekiranya digunakan secara berpada, inshaAllah.

    • Adakalanya, walaupun agak menyusahkan, cara lama lebih elok kan? Kita terlalu tenggelam dengan arus moden. Hish. Peringatan untuk diri sendiri juga.

  3. Sangat setuju. Penyakit sekarang disebabkan gaya hidup kita. Kita sangka kita dah dah mkn makanan berkhasiat. Tapi rupanya, nutrient yg kita sangka ada tak terhapus. Sedih kan

  4. Boleh saya tahu sumber segala penyelidikan ni? Contoh penyelidik rusia? dari ma artikel tersebut? Bila menulis artikel perlulah membuat citation dan bukti yang kukuh, supaya tidak terjadi fitnah dan berita palsu. Terima Kasih

    • Ye saya setuju komen ini. Patutnya sekiranya quoted dari mana2 kena letak source maklumat didapati. Zaman skrg main copy and paste

    • Untuk makluman saudari, ini adalah sebuah blog, bukan journal publication di Scopus atau ISI. Saya sekadar menghimpunkan dan berkongsi sumber bacaan saya disini, untuk manfaat kita semua, terutamanya diri saya sendiri. Tetapi sekiranya saudari berminat untuk mengetahui sumber bahan bacaan ini secara detail, saudari boleh menghubungi saya secara personal. Ataupun, boleh juga anda mempertingkatkan bacaan dengan mencari bahan bacaan ilmiah dari jurnal yang berkaitan dengan isu ini. Anda pasti akan menjumpai banyak jurnal yang memperdebatkan isu ini. Ada yang baik, dan ada juga yang sebaliknya.

      Artikel ini berkongsi berkenaan microwave, bukan menyerang mana-mana individu atau syarikat. Secara peribadi saya tidak pun merasakan saya menyebarkan fitnah.

      Soal berita palsu, itu adalah hak saudari sendiri unuk menilainya. Saya secara peribadi memegang prinsip “Agree to disagree”. Sekiranya saudari merasakan ianya palsu, kami sangat mengalu-alukan saudari menulis artikel dan menjadi sebahagian dari pasukan penulis di blog ini untuk memberikan pandangan saudari. Semoga ia boleh memberi manfaat pada kita semua, dan inshaAllah menjadi asbab saudari memperoleh pahala untuk bekalan akhirat sana 🙂 Apa kata saudari?

      • assalam, Ummu Hatim.

        Pertama sekali terima kasih kerana sudi menulis dan syabas kerana sudi share pengalaman membaca saudari. Sangat menarik dan berinformasi..

        NAMUN, saya bersetuju dengan komen di atas. Saudari perlu menjadi penulis yg bertanggubgjawab. Apa tah lagi kita sebagai seorang muslim. Saya rasa islam juga menggariskan peri pentingnya kita dalam menyediakan sumber pada setiap fakta yg kita sediakan.

        Saya setuju, ini adalah sebuah blog. Namun, penulis blog juga sepatutnya beretika dan bertanggungjawab. Apa tah lagi isu ini adalah isu umum. Berapa ramai kita yang memiliki microwave di rumah.

        Saya sebagai seorang jurutera elektrikal sebenarnya sangsi dengan banyak informasi. Terutama tentang kesan gelombang mikcrowave. Ikut ilmu dan kakian saya, setakat ini, tiada kajian yg betul2 dapat buktikan sejauh mana kah kesan mikrowave terhadap kita. Tetapi, kesan haba yg bersumberkan microwave mmh akan degrade kan hasiat makanan terutama sayuran hijau. Itu saya setuju.

        Saya bukan hendak menunjuk pandai, niat saya hanya untuk menegur… Kerana saya dapati saudari meletakkan beban mencari bukti semua fakta yg saudari nyatakan tu ke atas pembaca. Bagi saya itu tidak kene. Apatah lagi sekiranya maklumat tersebut hanya bersifat persepsi. Amat la tidak wajar. Ia hanya bertujuan untuk mensensasikan sesuatu isu.

        Saya berharap agar saudari dapat memahami maksud sebenar apa yg saya cuba sampaikan. Saya juga berdoa agar mutu penulisan saudari akan bertambah baik, padat, sarat dengan fakta yg tepat dalam membantu masyarakat kita. Amin

  5. Hye,

    Boleh senaraikan sumber literasi (literature review) saintifik yang menyatakan microwave merbahaya kepada kesihatan? Saya merupakan pelajar pascasiswazah sains perubatan (Masters in Medical Science) dalam Human Nutrition tak pernah terjumpa lagi sumber menyatakan bahawa microwave merbahaya. Radiasi pada paras tinggi ya, merbahaya. Tapi pada microwave, tahap radiasi terlampau rendah. Adakah penulis tahu bahawa radiasi bukan saja digunakan dalam microwave, tapi digunakan juga oleh industri minuman air kotak, chips, dan sebagainya ? Paras radikal bebas dalam makanan/minuman berbungkus (chips, 3 in 1 drinks etc) lebih tinggi berbanding radikal bebas disebabkan oleh microwave. Zaman sekarang, lebih ramai yang berpenyakit kerana pengambilan makanan tidak sihat, bukan lah kerana penggunaan microwave. Jadi, perlulah fikir yang mana lebih logik.

    • Untuk makluman saudari, ini adalah sebuah blog, bukan journal publication di Scopus atau ISI. Saya sekadar menghimpunkan dan berkongsi sumber bacaan saya disini, untuk manfaat kita semua, terutamanya diri saya sendiri. Tetapi sekiranya saudari berminat untuk mengetahui sumber bahan bacaan ini secara detail, saudari boleh menghubungi saya secara personal. Ataupun sebagai seorang mahasiswi, boleh juga anda mempertingkatkan bacaan dengan mencari bahan bacaan ilmiah dari jurnal yang berkaitan dengan isu ini. Anda pasti akan menjumpai banyak jurnal yang memperdebatkan isu ini. Ada yang baik, dan ada juga yang sebaliknya.
      Berkenaan radiasi, saya sudah fully aware akan radiasi dalam industri makanan lain. Namun begitu, artikel saya adalah berkaitan microwave – peralatan yang dimiliki oleh hampir setiap suri rumah. Saya berpendapat tidak salah untuk menyebarkan ilmu pada orang lain, walaupun anda merasakan ianya tidak pun bermanfaat pada anda.
      Saya ada cadangan. Saya berminat untuk menjemput saudari menjadi salah seorang penulis di blog ini. Dengan cara ini, saudari boleh juga berkongsi apa juga berkenaan nutrisi makanan. InshaAllah bukan sahaja mampu memberi manfaat, diharap ia juga boleh menjadi asbab untuk saudari memperoleh pahala 🙂 Apa kata saudari?

      • assalam, Ummu Hatim.

        Pertama sekali terima kasih kerana sudi menulis dan syabas kerana sudi share pengalaman membaca saudari. Sangat menarik dan berinformasi..

        NAMUN, saya bersetuju dengan komen di atas. Saudari perlu menjadi penulis yg bertanggubgjawab. Apa tah lagi kita sebagai seorang muslim. Saya rasa islam juga menggariskan peri pentingnya kita dalam menyediakan sumber pada setiap fakta yg kita sediakan.

        Saya setuju, ini adalah sebuah blog. Namun, penulis blog juga sepatutnya beretika dan bertanggungjawab. Apa tah lagi isu ini adalah isu umum. Berapa ramai kita yang memiliki microwave di rumah.

        Saya sebagai seorang jurutera elektrikal sebenarnya sangsi dengan banyak informasi. Terutama tentang kesan gelombang mikcrowave. Ikut ilmu dan kakian saya, setakat ini, tiada kajian yg betul2 dapat buktikan sejauh mana kah kesan mikrowave terhadap kita. Tetapi, kesan haba yg bersumberkan microwave mmh akan degrade kan hasiat makanan terutama sayuran hijau. Itu saya setuju.

        Saya bukan hendak menunjuk pandai, niat saya hanya untuk menegur… Kerana saya dapati saudari meletakkan beban mencari bukti semua fakta yg saudari nyatakan tu ke atas pembaca. Bagi saya itu tidak kene. Apatah lagi sekiranya maklumat tersebut hanya bersifat persepsi. Amat la tidak wajar. Ia hanya bertujuan untuk mensensasikan sesuatu isu.

        Saya berharap agar saudari dapat memahami maksud sebenar apa yg saya cuba sampaikan. Saya juga berdoa agar mutu penulisan saudari akan bertambah baik, padat, sarat dengan fakta yg tepat dalam membantu masyarakat kita. Amin

    • Terima kasih atas perkongsian info tambahan. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua, dan menjadi asbab pahala untuk saudara 🙂

  6. Please write based on facts, even though this is not a scientific website, be responsible on your writing. You read, and think before you write and spread.

    Ini membuatkan orang kita makin mundur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

comments

Kesan Antibiotik Semasa Mengandung

Kesan Antibiotik Semasa Mengandung

Iklan Menyentuh Hati Kasih Seorang Ibu