Jika anda suami ingin membawa beg banyak-banyak serentak sama ada makan angin, balik kampung, semasa bershopping atau melancong, dinasihatkan serahkan kepada isteri yang menguruskan.

beg melancong

Imej:vi-hotels

 

Kerana minda wanita yang dilengkapi dengan sel “white matter – sel jaringan yang menghubungkan semua sel-sel ingatan dan sel-sel proses maklumat di dalam otak pemikirannya” yang banyaknya adalah 10x daripada lelaki, boleh dengan mudah dan berupaya menjaga dan menguruskannya dengan baik.

Sebaliknya jika kita lelaki yang ditugaskan membawa beg lebih daripada dua, pasti kita akan tertinggal atau terlupa beg yang ketiga itu.

 

Bagaimana Minda Lelaki Beroperasi

Minda kita lelaki yang mudah fokus kepada sesuatu tugas, menyebabkan kita juga akan mudah juga terlupa perkara lain dalam waktu yang sama.

Oleh itu, jika kita lelaki ingin membawa beg komputer atau beg yg ada nilai bersama2 ke dalam restoren untuk melapik perut, elok titipkan kepada isteri atau anak perempuan (jika ada bersama) menjaganya atau mengingatkan kita mengenai beg itu.

Insya Allah mereka pasti mengingatkan kita semasa kita meninggalkan premis itu. Sel white matter mereka yang penuh dengan “networking” di otaknya dapat dengan mudah mengingatkan banyak perkara dalam satu masa. Asalkan kita minta dia ingatkan perkara itu.

Dengan lain perkataan, wahai si isteri, jangan harapkan sangat suami anda boleh menaga beg atau barang-barang yang dia pegang lebih daripada dua yang ada di tangannya. Dia akan stres atau terlupa di antara dua.

Gunakan strategi ini semasa melancong, in sya Allah ada rahmatnya

Penulis: Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.