Bagaimana Saya Kurangkan Waktu Melepak Bersama Kawan-Kawan?

Bagaimana saya kurangkan waktu lepak dan waktu “bersendirian saya”?

Saya berkahwin di usia 24 tahun, waktu tu darah muda masih meninggi, hendak keluar malam dan mahu melepak.

pesanan suami

Imej:facebook

Di awal perkahwinan, saya tidak keluar kerana masih lagi bunga bunga cinta. Jadi kalau tinggal seminit pun dah rindu.

Sebulan kemudian , isteri disahkan mengandung dan yang paling dahsyat, dia mengalami alahan yang teruk. Sudah serupa kain buruk isteri masa tu, lembik dan lemah, makan dan muntah saja kerjanya.

Kasihan Kepada Isteri

Maka sebagai suami itu amanah saya, saya tidak dapat tolong muntahkan untuk dia tapi saya dapat tolong urutkan kepala untuk melegakan kesakitan. Saat tu saya sudah tidak sanggup keluar malam.

Habis trimester dua isteri mula cergas! Perniagaan beliau mula berjalan laju. Saya masa tu bekerja sebagai photographer bebas. Job dari Perlis sehingga ke Johor. Tapi kasihan melihat isteri yang semakin memboyot. Tulis kertas parcel, hantar barang ke poslaju senget-senget badan.

Pergi ambik stok, maka saya diam-diam ambil keptusan perlahankan perniagaan dan memberi sokongan pada isteri. Saat tu saya sudah tidak sanggup lepak lama-lama tanpa isteri.

Sehingga satu saat isteri cakap, ” b, kita ni good team, you pun banyak idea and boleh handle production very well. You stop la jadi photographer.”

Pendapatan menjadi seorang jurugambar agak tinggi dan pada waktu tu rezeki saya agak murah selepas kami tubuhkan Raffelinna Photography. Fikir punya fikir, akhirnya saya setuju dengan isteri dan korbankan minat saya dan masa lepak saya .

Kami bekerja dalam keadaan yang sangat harmoni, hormati satu sama lain dan masing masing buat pengorbanan besar untuk sebuah kejayaan. Isteri walau tengah membesar dan tidak berapa sihat tapi semangat dia lain macam.

Dia boleh selesaikan berpuluh atau beratus pelangan dan seorang diri dan semua orang mesti beli! Malam-malam saya tengok dia penat sangat, saya tidak sanggup hendak keluar malam.

Sekarang apabila mempunyai anak, kejayaan demi kejayaan kami capai, saya akui saya penat. Isteri sudah kurang masa di office kerana saya yang banyak uruskan perniagaan.

Tapi saya tetap tidak mahu keluar melepak, balik rumah saya tengok isteri muka pun penat, saya tahu walau dia tidak kerja seperti dulu tapi kerja di rumah jugak penat.

Tambahan lagi isteri memang bukan otaknya boleh berhenti berfikir. Saya dan dia banyak berkongsi perkara bersama. Banyak memberi pendapat untuk bidang masing masing dan dia masih mengharapkan saya untuk banyak perkara.

Bayangkan handphone dia pun saya yang chargekan setiap malam. Punya la manja. Macam mana saya nak keluar lepak tanpa dia? Hahah

Bukan Takut, Tetapi Lebih Kepada Menghormati

Sebenarnya dalam semua isu di atas, saya tidak keluar adalah lebih kepada rasa tanggungjawab saya sebagai suami, Saya rasa sudah cukup masa 24 tahun saya single dan saya terfikir, jika isteri sanggup berpindah ikut saya ke kampung, tiada kawan, tiada saudara, buang cara hidup beliau yang lama dan masuk ke hidup saya, berusaha menjaga hati kedua ibu bapa saya, menjadi isteri saya yang tidak melepak. Kenapa saya perlu melepak?

Juga bukan kerana takut bini, tapi hormat! Kalau saya keluar dan dia marah, saya tak takut. Tapi saya akan sedih. Jadi itu bukan takut bini. Tapi sedih bini. Erk? Hahaha

Kejayaan juga datang dari redha isteri ( bukan hanya suami, doa isteri) , kata kata isteri, support isteri. Saya selalu fikir, di mana aku sekarang tanpa anak isteri ? Semestinya doa ibu bapa dan isteri.

Nasihat ini bukan hendak kata saya sempurna. Jauh lagi dari sempurna. Saya bukan langsung tidak melepak, tapi kalau nak lepak sehingga 2 -3 pagi saya pilih untuk ajak kawan ke rumah.

Kawan kawan yang belum kahwin tu ok lakan. Ataupun kawan kawan yang anak-anak sudah besar panjang dan boleh jadi hero di rumah. Dahulu masa anak dia kecil, dia pun tidak melepak juga.

Kalau petang-petang habis kerja saya keluar juga jumpa kawan. Melepas stress kata orang. Tapi malam saya kasihan hendak tinggal isteri dan anak-anak. Bahaya juga mereka tinggal tanpa saya walaupun ada bibik di rumah. Lepak dan TT untuk perbincangan ilmiah adalah dua perkara berbeza.

Lepak sekali sekala, seminggu 2 kali ke ok la kot. Setiap hari? Memang remuk hati orang di rumah.

Untuk capai kejayaan, ada sesuatu yang kita perlu korbankan.

Ok itu sahaja. Sekian.

 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!