Diheret isteri tersayang masuk ke kompleks membeli-belah. Sangkaan pada awal, adalah barang yang hendak dibelinya. Tetiba dibawa masuk ke kedai samsung, dan isteri memilih tablet, sambil ditanya pada sang faqir, ini ok tak? Itu ok tak?

Akhirnya isteri memilih model keluaran yang paling baharu dengan teknologi yang terkini. Bergayalah dia dengan tablet barunya untuk kerja-kerjanya.

tablet

Apabila sampai di dalam kereta, isteri tersayang menghulurkan beg yang berisi set tablet baharu tadi kepada sang faqir, “this is for you, darling” Terkejut campur teruja. Hanya boleh ucapkan “Thank you my sweetheart”.

Para isteri di luar sana perlu sentiasa membuat kejutan pada suami, supaya suami tiada niat untuk membuat ‘kejutan’ pada isteri.

Hadiah atau kejutan tidak semestinya yang mahal dan berjenama, dengan sekadar senyuman manis setiap kali suami keluar dan pulang bekerja, itu juga sudah teramat menenangkan hati suami, apatahlagi jika ada hadiah secara zohiriah yang mampu membuat suami sentiasa rindukan isteri apabila berada di luar untuk urusan pekerjaan.

Dan hadiah paling berharga yang tiada mampu seorang suami balas kepada isteri adalah melahirkan zuriat untuk suami.

Harga menghargai antara satu sama lain, itu kunci kasih sayang dalam rumahtangga.

bunga ros

Kasih sayang umpama bunga yang perlu disiram rohnya. [Gekkou]

Suamiku, Apakah Engkau Mencintaiku?

Imam Syafie RahimahULLAHu Taala pernah ditanya oleh isteri Beliau, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?”

Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”

Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai ALLAH? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang Mu’min, Cinta kepada ALLAH dan juga mencintaiku?”

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isteri beliau dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.

“Kerana cintaku kepada ALLAH, maka aku mencintai makhlukNYA, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada ALLAH.”

Mencintai isteri dan anak-anak kerana ALLAH adalah Ibadah, apatahlagi jika mencintai ibubapa sendiri.

Begitulah juga kepada para isteri, menyenangkan hati suami yang mengikut landas syariat, seumpama sedang menyiapkan pakaian sebagai Ahli Syurga ALLAH.

Syukran Ya Habibatiy

Penulis: Wan Asrul Al-Kalantani

Wan Asrul Al-Kalatani merupakan salah seorang hamba Allah yang banyak memberi tips kekeluargaan dari sudut Islamik. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.