5 Khasiat Minyak Zaitun Yang Ramai Tidak Tahu

Apabila disebut olive atau pun minyak zaitun, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Semestinya kini anda membayangkan minyak zaitun yang digunakan sebagai pencicah dalam beberapa masakan bukan.

Terlalu banyak sebenarnya khasiat minyak zaitun. Disini kami kongsikan serba ringkas tentangnya.

minyak zaitun
Imej:frescogourmet

 

Secara tradisionalnya minyak zaitun sangat terkenal dalam potensinya untuk merendahkan kolestrol, mengelakkan penyakit jantung dan sangat rendah lemak. Diet yang berasal daripada Timr Tengah ini membuktikan Extra Virgin Olive Oil (EVOO) adalah yang terbaik.

Seorang lelaki biasa Greek akan memakan 20 liter minyak zaitun setiap tahun berbanding dengan lelaki Malaysia yang hanya 2 litre setahun. Jadi, apa yang membuatkan minyak zaitun ini sangat hebat?

 

#1 Untuk Penjagaan Kulit Muka

Di Malaysia, akibat cuaca yang terlampau panas kadang kala menyebabkan kulit kita kering dan tidak bermaya. Jadi, gunalah minyak zaitun untuk melembabkan semula. Apabila anda mandi, sapukan sedikit minyak zaitun ke kulit dan anda akan lihat kesannya dengan serta merta.

Untuk kegunaan di kaki pula, anda boleh menggunakan stoking rendaman minyak zaitun untuk mendapatkan kulit kaki yang lebih licin dan lembut. Bukan itu sahaja. Minyak zaitun boleh digunakan sebagai pelembab bibir, kuku bahkan punggung bayi anda bagi memudahkan untuk membuang najis.

Selain itu, minyak zaitun boleh diletakkan di rambut anda bagi merawat masalah kelemumur dan kering. Hanya letakkan minyak zaitun di kulit kepala anda sejam sebelum anda mandi. Biarkan selama sejam kemudian bilas dengan air.

Binatang peliharaan anda juga tidak terkecuali. Anad juga boleh menggunakan minyak zaitun kepada mereka untuk bulu yang lebih gebu.

 

#2 Terapi Oil-Pulling

Oil-Pulling adalah teknik daipada Ayuverda yang telah digunakan secara meluas di dalam dunia terapi. Selalunya sesudu minyak zaitun akan dikumurkan untuk 15 ke 20 minit beberapa kali setiap hari. Mungkin bagi mereka yang pertama kali mendengarnya berasa janggal dengan teknik ini.

Tetapi teknik ini sebenarnya boleh mengdetoskan badan anda dengan menarik bakteria, hingus dan segala toksik yang tersekat di badan. Dengan teknik ini, ramai orang mengatakan boleh melegakan penyakit daripada arthritis dan alergik sehinggalah ke demam dan senggugut.

 

#3 Mengurangkan Masalah Bulu

Lazimnya binatang peliharaan seperti kucing lebi terdedah kepada masalah ini. Jika binatang pelihaaan anda memakan bulu yang rosak dan tidak sihat, ini akan menyebabkan masalah pencernaan kepadanya.

Jadi ia akan memuntahkan semula bulu yang rosak tersebut. Dengan menggunakan minyak zaitun binatang peliharaan boleh mempunyai bulu yang lebih lembut dan teratur maka tidak akan wujudlah masalah ini lagi!

Hanya tambahkan setengah sudu teh minyak zaitun ke dalam makanan binatang peliharaan setiap hari dan anda akan mendapati mereka mempunyai bulu yang lebat dan cantik!

 

#4 Menambahkan Kelembapan Kek

Kita tahu minyak zaitun boleh melembabkan kulit dan rambut. Tetapi bukan itu sahaja! Dengan Vitamin E nya ia akan membuatkan bukan sahaja kek, tetapi cupcake dan muffin anda kelihatan lembap dan gebu.

Minyak zaitun juga boleh menahan kelembapan itu darpada kering dengan cepat selain menambahkan nutrien-nutrien tambahan ke dalam kek.

Bukankan lebih seronok jika kita makan sambil menjaga kesihatan?

 

#5 Mengilatkan Kayu

Selain daripada kelebihan yang disebutkan di atas, minyak zaitun juga boleh digunakan untuk mengilatkan perabot perabot anda di rumah seperti kayu dan lantai.

Tetapi diingatkan janganlah guna minyak gred yang terlalu tinggi kerana bimbang ia akan merosakkan kerja si tukang kayu. Pastinya anda akan lebih gembira melihat perabot perabot anda lebih bersinar dengan menggunakan minyak zaitun.

 

Kesimpulan

Semestinya, terdapat banyak lagi khasiat dan kegunaan minyak zaitun ini yang tidak disenaraikan. Usah ragu ragu lagi dengan keupayaan minyak zaitun. Tidak susah untuk mengambilnya setiap hari bukan.

Hanya makan satu sudu minyak zaitun setiap hari dan anda akan menikmati khasiatnya yang banyak itu. Tambah tambah lagi jika digunakan di dalam masakan.

 

Khasiat Sumber Makanan Lain

Kami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!