Khasiat Daun Kari

Daun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari bau yang wangi, daun kari merupakan antara elemen masakan yang penting dalam sajian masakan kita.

Saya percaya, selain dari menjadi sebahagian dari unsur bahan masakan, pasti ramai tidak mengetahui khasiat lain daun kari. Pasti anda akan terperanjat!

1. Penawar cirit birit dan buasir

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening

Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening .

Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

khasiat daun kari

3. Diabetes

Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes.

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. Rambut panjang dan sihat

Untuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tips mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.

Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

Jangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga. Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

khasiat kari

6. Lebam dan bengkak

Daun kari juga antara salah satu bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat luka atau lebam. Untuk mengurangkan lebam dan bengkak, hancurkan daun kari dan jadikan seperti pes untuk ditampal pada bahagian yang tersebut.

7. Kecantikan dan kesihatan diri

Daun kari juga dapat digunakan untuk kecantikan diri. Anda boleh amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

Itulah sebahagian khasiat daun kari yang dapat kami kongsikan. Jangan main-main dengan manfaat dan khasiat daun kari yang ada di belakang rumah kita ya.

Khasiat Makanan Lain

Kami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat. Oh ya, jangan lupa untuk share dan kongsi dengan menekan butang share Facebook jika artikel yang dikongsi bermanfaat.

 

Semoga bermanfaat. Wassalam 🙂

Kredit gambar: kettebelletje, joolie, Dennis Skley

Pendapat Anda?

comments

    1. norizan adam
    2. Rukiah Arshad

    Add Your Comment

error: Content is protected !!