Bayi perlu mempunyai rutin. Betul! Rutin merupakan perkara biasa yang dibuat oleh bayi. Contohnya, bayi tidur selepas 2 jam berjaga. Ini merupakan perkara biasa unutk bayi yang berumur antara 1-4 minggu. Walaubagaimanapun, anda boleh mencipta rutin untuk bayi. Termasuklah waktu-waktu tertentu.

Jika anda mengikuti perkembangan rutin harian si kecil anda setiap hari, sebenarnya anda akan sedar dengan sendirinya kepentingan rutin bayi itu sendiri.

Lambat laun, ibu bapa pasti akan dapat membezakan tangisan anak anak mereka. Tangisan yang membawa isyarat seperti lapar, bosan atau pun penat akan mudah dicam oleh ibu bapa di luar sana dengan mudah.

Bayi Gembira
Imej:imagesbuddy.com

Apabila anak anda mula menangis, anda akan boleh mengagak bila tempoh menyusukan yang seterusnya. Dan semestinya,anda boleh cam tangisan itu sebagai ‘Lapar’. Apabila tiba masa untuk anak anda tidur, anda boleh kenal pasti ia membawa maksud ‘Penat’. Itulah kehidupan bayi. Unik bukan?

Bukan semua menangis itu membawa maksud lapar. Mungkin pada peringkat permulaan, anda akan menghadapi kesukaran untuk melakukan rutin harian anda dan sebagainya. Tetapi, percayalah. Anda akan terbiasa dengannya lambat laun.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberi kasih sayang yang cukup untuk anak anda. Ada juga ibu bapa yang risau jika mereka terpaksa menguruskan anak mereka yang bersekolah sekali dengan bayi mereka. Jangan risau.

Bukan semua bayi mempunyai rutin harian yang sama. Ianya bergantung kepada bayi itu sendiri. Jadi, ibu bapa kadang kala harus menyesuaikan rutin bayi itu mengikut rutin harian mereka sendiri. Mudah bukan?

Kebaikan Mempunyai Rutin Untuk Bayi

Feedback daripada ibu bapa yang menggunakan nasihat rutin harian bayi adalah sangat memberangsangkan. Rata-rata berkongsi kegembiraan mereka. Ada yang mengatakan rutin bayi ini memudahkan kehidupan mereka. Dengan mengenal pasti rutin bayi anda, anda akan dapat mengaturkan temu janji bersama dengan doktor dengan lebih mudah! Ini kerana anda akan tahu apa yang akan bayi anda lakukan pada waktu tersebut.

Jika anda mempunyai anak yang sudah besar, rutin bayi ini akan lebih menyenangkan dia. apabila bayi anda tidur, anda boleh melakukan rutin harian lain bersama dengannya dan anda boleh merancang apa yang anda akan lakukan dengan anak anda.

Apa yang lebih menarik lagi, anda akan dapat meluangkan masa bersama dengan pasangan anda pada waktu petang. Mungkin ini adalah masa untuk anda memanjakan diri sendiri selepas penat menguruskan anak.

Rutin harian ini juga akan membuatkan bayianda merasa lebih selamat kerana dia akan tahu apa yang dia akan buat dan dia juga tidak perlu menangis. Bayi anda juga ternyata akan lebih gembira di samping ibu bapanya.

Artikel Menarik Lain

Penulis: Ummu Uwais

Seorang ibu yang begitu passionate terhadap anaknya. Segalanya bermula apabila beliau mendapati anaknya sukar tidur dan meragam ketika baru lahir. Lalu dibaca segalanya info tentang masalah tidur bayi. Kini, boleh katakan beliau adalah pakar untuk tidurkan bayi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.