Nah, Ini Kemahiran Pra Pertuturan Anak Sebelum Mula Bercakap

Terdapat beberapa fasa sebelum anak mula bercakap.

Sebelum sampai kepada fasa bertutur, anak akan mula mempunyai kemahiran yang dikenali juga sebagai kemahiran pra pertuturan.

Mari kita hadam penulisan daripada Puan Iffah Rashida tentag kemahiran ini.

Kemahiran Pertuturan
Imej via cherylholt

Sebelum anak mula cakap perkataan pertama dia, amat penting utk anak kuasai kemahiran pra pertuturan.

Jadi tips untuk ibu bapa yang ada anak bawah 1 tahun. Sediakan dan asah kemahiran pra pertuturan anak seperti berikut:

1. Eye-gaze

– Lirikan mata anak ikut pegerakan dan respon dari kita

– Sama ada kita bergerak, atau mainan kita pegang digerakkan ke kiri n ke kanan utk anak ikut pergerakkan tersebut.

2. Kontek mata dan tumpuan bersama

-Bersemuka dengan anak, anak tengok objek dan tengok ibu/bapa kemudian tengok objek semula

-boleh guna shaker/toys kt rumah tu , n then tunjuk dekat anak . Kemudian tunggu utk anak pandang kita, if anak x pandang letak objek tersebut depan muka supaya anak pandang mata kita

3. Pastikan anak ada keinginan untuk berinteraksi dengan kita iaitu dengan meminta, meminta tolong, menunjuk perkara yang dia minat.

– Galakkan anak guna gerak badan / isyarat badan utk bagitahu apa dia nak

– Tunjuk apa dia nak

-Lama-lama dia ready dah nak sebut ‘nak’

If anak tiada keinginan untuk berkomunikasi dari bayi lagi.. this is a red alert.

4. Kemahiran meniru

– Beri ruang dan galakkan untuk anak tiru gaya dan aksi

– Antara aksi awal yg anak mula tiru adalah tepuk tangan 👏 , high 👋, flying kiss 😘 , bye-bye 👋 , salam 🤝, peek a boo, shaking item , ketuk-ketuk guna mainan, aksi nk tido 😴 , aksi makan/minum

– Tiru bunyi

– Dari awal bulan kita galakkan utk anak berceloteh.

– Tiru bunyi anak supaya anak boleh tiru bunyi kita.

5. Object permanance iaitu mencari benda / orang yg hilang

– Start dengan main cak-cak

– Bayi 6 bulan ke atas anak akan peka dan sedar sesuatu tu boleh ada n then hilang

– Bayi 1 year old dia akan mula ingat dan mencari mainan atau kita bila kita main sorok2

– Daya tumpuan anak akan semakin meningkat

6. Kemahiran bermain

– Kita expect daya tumpuan semakin bagus (boleh la attend task 5 min or so)

– Kita expect anak bermain mainan ikut cara and fungsi yg betul

– Start tiru cara kita bermain, sbb tu ibu bapa perlu bermain dgn anak.

-Mula follow and ikut giliran walaupun tumpuannya sekejap.

Perkara yang akan menjejaskan kemahiran pra pertuturan yang sepatutnya berkembang dari 0-12 bulan ni adalah apabila anak kurang ransangan daripada persekitaran seperti ‘more time on gadgets and less time with people surrounding’.

So enhance kemahiran pra pertuturan anak kalau nak anak mula bercakap!

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!