Adalah sukar bagi seseorang untuk menjalani kehidupan yang normal jika dia sentiasa dalam kemurungan. Tambah menyukarkan keadaan jika seseorang itu turut mengalami masalah ketidaksuburan. Apa yang lebih menyedihkan, walaupun ketidaksuburan sering menjadi topik perbualan umum, masih ramai sebenarnya yang masih tidak memahaminya secara mendalam.

kemurungan

Bersiar-siar dikatakan dapat membaiki mood.

Dan ramai juga yang tidak menunjukkan simpati kepada wanita yang mengalaminya terutamanya bagi wanita yang terlalu inginkan anak sendiri. Malahan sesetengah pakar juga tidak memberikan bantuan dan sokongan moral yang sewajarnya untuk golongan ini. Disebalik situasi yang negatif ini, masih terdapat perkara positif yang boleh dilakukan bukan sahaja untuk membantu diri anda sendiri, tetapi juga bagi mereka yang memerlukan.

Walaupun terdapat banyak jenis rawatan kemurungan untuk wanita-wanita, kebanyakan kaedah secara kimia adalah tidak sesuai bagi mereka yang ingin hamil atau yang sedang hamil. Terdapat kontroversi dikalangan doktor-doktor mengenai beberapa jenis ubat anti depressi dan penggunaanya ketika ingin hamil atau sedang mengandung.

Tambah memburukkan keadaan lagi ialah terdapat ramai wanita-wanita yang mengalami kemurungan sepanjang hidup mereka yang enggan untuk merebut peluang untuk mengatasi masalah kemurungan mereka. Jika pakar kesihatan anda dan anda telah memutuskan pengambilan ubat-ubatan sebagai kaedah penyelesaian, pastikan anda membincangkan risiko terhadap kesihatan anda terlebih dahulu supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Kaedah lain untuk mengatasi masalah kemurungan ialah menggunakan teknik “semulajadi”. Sesetengah teknik ini boleh juga diamalkan dengan pengambilan beberapa ubat, tetapi adalah digalakkan untuk anda berbincang dulu dengan doktor anda. Salah satu teknik ini ialah dengan mengamalkan senaman ringan.

Meluangkan masa untuk bersiar-siar disekitar kawasan anda sebenarnya mampu memberi kesan positif keatas mood anda. Ia mampu merangsang serotonin anda untuk lebih aktif dan sekaligus memberi mood positif kepada diri anda. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga mampu menangani masalah kemurungan. Tetapi, tidur berlebihan pula boleh memburukkan lagi masalah kemurungan seseorang.

Mengurangkan pengambilan kaffein, gula, karbohidrat yang diproses, dan makanan-makanan yang mengandungi perisa tambahan juga mampu memberi kesan yang positif kepada mental anda. Bagaimanapun, kekurangan protein-protein ini pula akan memberikan kesan yang negatif kepada mood anda. Jika boleh, cuba seimbangkan ia dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, tepung gandum dan juga protein.

Kesederhanaan itu adalah penting. Contohnya, jika anda ingin makan biskut bergula, makanlah. Tapi bukan dengan menghabiskan satu plastik sekaligus. Jika boleh cuba dapatkan makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan organik sebagai snek anda. Ubat-ubatan atau makanan tambahan yang bersifat herba juga boleh membantu mengurangkan masalah kemurungan.

Dan akhir sekali, anda juga boleh menyertai pertubuhan-pertubuhan yang memberi sokongan moral kepada penghidap masalah ini. Yang penting sekali ialah melibatkan diri dengan mereka-mereka yang memahami tentang masalah ini yang mampu meyakinkan diri anda bahawa anda tidak berseorangan dalam menghadapi masalah kemurungan.

Malah mereka mungkin boleh memberi sedikit penerangan atau nasihat kepada keluarga atau rakan-rakan anda untuk membuatkan mereka lebih memahami tentang situasi anda. Anda tidak berseorangan dalam hal ini dan yakinlah yang semuanya pasti akan baik-baik saja.

 

Kredit gambar : American Eater

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.