Cara Menghadapi Kemandulan Pada Wanita dan Keguguran

Sebenarnya terdapat beberapa jenis kemandulan. Kebanyakan daripada kita selalunya hanya mengaitkan kemandulan dengan kegagalan untuk hamil. Secara realitinya, perkara yang selalu terjadi ialah seorang wanita akan hamil sekurang-kurangnya sekali dan kemudiannya dia tidak mampu lagi atau sukar hamil untuk kali kedua.

Ini juga sebenarnya salah satu bentuk kemandulan. Sayangnya, kemandulan jenis ini biasanya selalu dilepas pandang dan dipandang remeh. Walhal ia sebenarnya sesuatu yang sangat membebankan sehingga mampu memberi tekanan dan kemurungan sehingga seseorang itu tidak lagi mahu menjalankan ujian kesuburan lagi.

kemurungan

Walaupun kebanyakan pakar kesihatan kini memahami yang keguguran oleh sesebuah pasangan akan ditangisi sehinga berbulan lamanya, namun masih ramai yang tidak memahami bahawa keguguran yang baru berlaku dalam beberapa minggu sahaja juga sudah cukup untuk memberi kesan kepada sesuatu pasangan.

Kebiasaannya, ia berlaku kepada wanita dimana walaupun ujian kehamilan yang positif menunjukkan yang mereka bakal mempunyai zuriat baru, mereka tetap merasakan kehilangan zuriat mereka akibat keguguran sebelumnya perlulah ditangisi. Walaupun ia sudah berlaku lebih dari 8-20 minggu.

Terdapat beberapa peringkat tahap kesedihan dan kebiasaannya sehingga 5-7 peringkat. Perlu anda ketahui disini ianya bukanlah sesuatu yang berkekalan kerana ada diantara mereka yang akan kembali pulih kepada keadaan yang sedia kala. Ada sesetengah daripada mereka pula tidak mengalaminya langsung.

Perasaan terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan adalah perkara yang pertama yang biasa dialami oleh mereka yang keguguran. Ada juga yang mengalami simptom ini hanya setelah berbulan berlakunya keguguran dan tidak kurang juga yang mengalaminya berkali-kali. Inilah waktunya dimana seseorang lelaki atau wanita dikatakan seolah-tidak ‘tidak mempunyai perasaan’ atau ‘kaku’ kerana mereka tidak menunjukkan sebarang perasaan dan ramai juga yang mengatakan mereka berasa seperti ‘bingung’.

Walaupun perasaan ini biasanya dialami dalam masa yang pendek (perasaan ‘ini tidak mungkin berlaku’), perasaan ini akan bertukar menjadi peringkat ‘kesakitan’ yang lebih mendalam. Peringkat seterusnya ialah dimana perasaan tersebut akan datang kembali dan kali ini ianya lebih menyakitkan dan lebih tulus. Dan ketika inilah seseorang akan terjerumus keperingkat dimana perasaan marah atau kemurungan menguasai diri mereka dan biasanya disertai dengan perasaan rasa bersalah.

Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat ‘kenapa’ atau ‘bagaimana jika’, yang mana kebanyakan mereka didalam peringkat ini akan mula bertanya ‘kenapa saya’ atau tertanya-tanya ‘apa silap yang saya buat’. Walaupun perasaan seperti ini adalah biasa tetapi jika ia berterusan membelenggu seseorang ia akan memburukkan lagi tahap kemurungan mereka.

Peringkat dimana perasaan marah menguasai diri ialah diperingkat ‘kenapa’ tetapi ia timbul bukan kerana ada sifat ingin tahu ‘kenapa’ tetapi lebih kepada ingin meluahkan emosi. Peringkat ini jugalah yang biasanya akan merosakkan hubungan diantara pasangan-pasangan.

Ketika inilah sesuatu pasangan akan mula berkelahi dan mula menyalahkan antara satu sama lain. Ada juga sesetengah daripada mereka yang mula mempersoalkan tentang kuasa Tuhan dan juga kepercayaan kepada agama mereka, dan ada juga yang terus berhenti berharap kepada Tuhan.

Contoh-contoh diatas juga tidak terkecuali kepada mereka yang sedang mengalami kemurungan atau kesunyian. Peringkat ini akan dialami oleh seseorang yang keguguran, samada secara drastik, beberapa bulan selepas keguguran atau pun mungkin bertahun selepas keguguran. Pada peringkat ini juga akan berlakunya konflik dalam perhubungan sesuatu pasangan. Peringkat ini juga adalah saat yang paling sukar untuk ditangani oleh sesetengah pasangan.

Peringkat seterusnya yang akan dialami ialah peringkat penerimaan. Ketika ini kebanyakan pasangan sudah mula dapat menerima apa yang berlaku dan membuat keputusan untuk memulakan kehidupan yang baru. Ketika inilah hubungan diantara pasangan dibaik pulih dan memutuskan untuk membina kehidupan yang baru bersama, atau pun memilih untuk berpisah jika telah banyak menyakiti antara satu sama lain.

Waktu ini juga ramai yang akanbermotivasi untuk membantu mereka yang mengalami nasib yang sama dengan memberikan sokongan moral supaya orang lain juga dapat meneruskan kehidupan mereka.

Perlu anda ingat perkara-perkara ini semua adalah normal dan ada mereka diluar sana yang benar-benar memahaminya dan mampu untuk membantu anda. Kadangkala dengan hanya sedikit maklumat seperti ini pun sudah mampu untuk mengubah hidup mereka yang mengalaminya supaya menjadi lebih baik. Wahai lelaki, fahamilah perkara ini.

Kredit gambar kepada :  thornypup

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.