Suka Makan Gula-Gula Getah? Anda Pasti Mengubah Tabiat Anda Selepas Membaca Artikel Ini

Chewing gum, atau gula-gula getah dalam bahasa Melayu merupakan antara gula-gula yang paling mendapat tempat di hati semua orang. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut meminatinya.

Suami saya suka memberi petua. Kononnya untuk mengecilkan pipi yang besar, kena selalu mengunyah chewing gum. Namun setelah lama berkahwin, sehingga kini, pipinya kekal besar.

Mana tidaknya, pengambilan makanan yang tidak dikawal. Pakai petua apa pun takkan kecil, betul tak?

bahaya chewing gum

Berbalik pada chewing gum tadi, artikel ini berhasrat untuk membuka mata orang ramai tentang bahayanya chewing gum terhadap kesihatan anda. Secara kasarnya, ia mengandungi bahan toksik yang boleh menyebabkan kematian. Anda pasti terkejut!

Bahayanya Chewing Gum

Chewing gum mengandungi aspartame dan sucralose – sejenis bahan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan. Apabila suhu aspartame meningkat sebanyak 30 darjah Celcius (suhu mulut manusia 37 darjah Celcius), ia akan membebaskan methanol yang akan bertukar menjadi formic acid dan formaldehyde di dalam badan nanti.

Aspartame di dalam chewing gum diserap oleh buccal mucosa mulut dan lidah. Menurut kajian, disebabkan ia diserap dalam badan dengan cara ini, ia menyebabkan aspartame lebih meracunkan berbanding sekiranya ia disuntik terus ke dalam badan.

Aspartame yang telah diserap tersebut akan pergi secara terus kepada otak melalui tulang belakang dan saluran darah. Hanya dengan sebiji chewing gum sahaja, ia boleh membahayakan dan memberi mudarat pada kesihatan tubuh anda.

Sebaik sahaja aspartame diserap oleh tubuh, ia akan berpecah menjadi pelbagai jenis racun. Racun yang terhasil daripada chewing gum adalah lebih membahayakan dan memudaratkan daripada racun biasa.

Sekiranya anda mahu mengelak dari aspartame, anda perlu ingat, aspartame tidak hanya terdapat dalam chewing gum. Ia merupakan bahan biasa yang terdapat dalam kebanyakan makanan dan minuman berproses serta berpaket – lebih-lebih lagi apabila ia diwar-warkan sebagai BEBAS GULA atau RENDAH KALORI. Antara makanan yang kurang gula dan rendah kalori adalah:

  • Yogurt
  • Chewing gum
  • Minuman ringan
  • Biskut dan gula-gula khas untuk penghidap diabetis
  • Pencuci mulut yang disejukbekukan
  • Bahan pemanis tiruan
  • Gula-gula atau ubat untuk batuk
  • Vitamin boleh dihisap (chewable)

Walau apa pun, semak dahulu barangan anda sebelum membuat keputusan untuk membeli. Keputusan anda pasti memberi impak yang besar dalam kesihatan diri dan keluarga anda. Aspartame juga ditulis sebagai AminoSweet pada bungkusan makanan untuk mengelirukan pengguna. Jadi, berjaga-jaga!

bahaya chewing gum

Apakah Aspartame? 

Aspartame, juga dipasarkan sebagai NUTRASWEET, SPOONFUL, CANDEREL dan EQUAL, merupakan bahan tambahan di dalam kebanyakan makanan dan minuman. Ia merupakan pengganti gula yang beracun. Kadang kala, ia ditulis di label kandungan sebagai E951. Oleh itu, khususnya penghidap diabetes, anda perlu berjaga-jaga!

Aspartame dibuat menggunakan tiga jenis bahan kimia iaitu Aspartic acid (40% aspartame), phenylalanine (50% aspartame), dan methanol (racun/wood alcohol-10% aspartame)

Aspartic acid merupakan sejenis asid amino. Ia didapati boleh meningkatkan kadar aspartate dalam plasma darah. Kandungan aspartate dalam darah yang tinggi boleh menggangu neuron dalam otak untuk berhubung sekaligus memusnahkan neuron tersebut. Terdapat beberapa penyakit kronik yang dikesan terjadi akibat kemusnahan oleh asid amino iaitu:

  • Multiple sclerosis (MS)
  • ALS
  • Hilang ingatan
  • Masalah hormon
  • Hilang pendengaran
  • Epilepsi
  • Alzheimer
  • Parkinson
  • Hypoglycemia
  • AIDS
  • Dementia
  • Ketumbuhan otak
  • Gangguan neuroendocrine 

Phenylalanine merupakan asid amino yang biasanya dijumpai di dalam otak. Kadar phenylalanine berlebihan di dalam otak boleh menyebabkan kadar seratonin dalam otak berkurang – membawa kepada masalah gangguan emosi seperti tertekan atau kemurungan.

Methanol pula merupakan antara racun yang boleh mengancam nyawa manusia. Methanol akan berpecah menjadi formic acid dan formaldehyde di dalam badan sebaik sahaja diserap. Formaldehyde merupakan bahan neurotoxin yang boleh mengancam nyawa manusia.

Penyebab Kanser

Aspartame berpotensi tinggi untuk berubah menjadi carcinogen, walaupun diambil hanya 20mg per setiap kg berat badan manusia. Kajian yang dilakukan oleh para saintis terhadap tikus makmal mendapati, ia boleh meningkatkan kebarangkalian berlakunya tumor dalam badan. Bagi tikus betina pula, ia meningkatkan kebarangkalian berlakunya leukaemia dan lymphomas, serta sel kanser di pelvis dan urethra.

Semestinya, kesan karsinogen terhadap kanak-kanak adalah sangat tinggi berbanding orang dewasa disebabkan oleh berat badan mereka yang sedikit. Karsinogen memberi impak yang tinggi terhadap embrio. Disebabkan itu, wanita yang mengandung juga terdedah dengan risiko yang besar akibat karsinogen.

bahaya chewing gum

Natural Alternatives – Aspartame/Sucralose Free Gum

Jangan risau! Tidak semua chewing gum tak boleh dimakan. Terdapat juga beberapa jenama chewing gum yang bebas dari aspartame dan sucralose di pasaran. Walau apa pun, penting sekiranya anda menyemak dahulu kandungan bahan dalam barangan yang dibeli.

Seeloknya, cari chewing gum tanpa pewarna tiruan, tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis tiruan dan tanpa bahan pengawet tiruan. Sukar nak cari, bukan? Tetapi ada! Jangan risau.

Video Pembuatan Chewing Gum

Di sini saya tertarik untuk berkongsi video berkenaan pembuatan chewing gum. Selepas anda menontonnya, anda mesti terfikir sendiri. Lebih baik makan buah-buahan dari makan getah berperasa ni kan?

Semoga bermanfaat. Wassalam 🙂

Kredit gambar: Jonas Thun, batay-batay, Bexi

Kredit video: juliuswaag

 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

comments

2 Comments

  1. Siti Noradiyantie
  2. Nurul Nadira Melaka

Add Comment

error: Content is protected !!