Kebersihan Ibu Hamil

Posted on May 14 2013 - 11:40am by Bidadari

Pastikan kebersihan makanan terjamin ketika hamil. Kebersihan ibu hamil amat penting kerana ianya turut memberi kesan terhadap anak di dalam perut. Kebersihan makanan ketika hamil perlu dititik beratkan oleh ibu mengandung. Jika sistem imun anda tidak berfungsi dengan baik ketika hamil ia akan memudahkan anda dijangkiti kuman. Oleh itu, ia akan menyebabkan anda keracunan makanan seperti mengalami cirit birit dan muntah. Berikut merupakan cara untuk memastikan kebersihan makanan sentiasa terjamin:

kebersihan ibu hamil

Kebersihan Ibu Hamil

1. Membasuh tangan
Anda perlu mencuci tangan dengan bersih apabila ingin menyediakan makanan. Hal ini penting untuk mengelak kuman merebak dalam makanan tersebut. Tambahan lagi, tangan anda boleh menyimpan kekotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan berlaku. Cara menyuci tangan betul adalah menggunakan air suam dengan sabun. Cuci sehingga mengeluarkan buih yang bayak dan membasuh pada pergelangan tangan, jati, kuku, ibu cari serta celah jari anda. seterusnya, bilaskan kesan sabun hinggan tangan anda menjadi bersih. Setelah itu, keringkan tangan dengan betul untuk mengelakkan bakteria merebak dengan mudah.

2. Menyimpan makanan pada suhu yang sesuai
Anda harus pastikan untuk menyimpan makanan pada suhu yang betul untuk mencegah daripada sebarang bakteria. Antara langkah menyimpan makanan dalam suhu yang sesuai adalah apabila membeli makanan sejuk daripada pasaraya, anda hendaklah pulang terus ke rumah dan menyimpannya dalam peti sejuk. Pastikan peti sejuk berada di paras 5 darjah C dan penyejuk beku di bawah -14 darjah C. Selain itu, pastikan makanan betul-betul panas atau sejuk kerana kuman sukakan keadaan yang suam. Antara makanan yang perlu disejukkan dengan betul untuk mengelak bakteria adalah mengandungi yang mengandungi krim seperti kek berkrim, pencuci mulut dan makanan seperti daging dan ayam serta makanan yang mengandungi telur mentah.

3. Masak dengan cara yang selamat
Apabila anda masak, pastikan anda masak sehingga ia menjadi panas dan mengeluarkan wap. Untuk pengetahuan anda, tidak semua arahan pada paket makanan yang tersedia sejuk beku itu tepat keana ketuhar biasa dan ketuhar gelombang adalah berbeza. Jika anda masak danging, pastikan bahagian tengah tidak berwarna merah melainkan anda memasak potongan daging. Selain itu, ketika anda ingin memanaskan makanan pastikan ia panas sehingga ke bahagian dalam. Di samping itu, pastikan makanan beku telah dicairkan sebelum memasaknya.

Semoga tips bertajuk kebersihan ibu hamil ini membantu.

WordPress Author Box

Bidadari.my adalah majalah online untuk wanita. Kami berharap dapat berkongsi ilmu yang berkualiti mengenai wanita, keluarga, hubungan, tips kecantikan dengan pembaca sekalian. InsyaAllah, misi kami adalah menjadi majalah online rujukan utama untuk Wanita.

2 Comments so far. Feel free to join this conversation.

  1. Denaihati May 14, 2013 at 11:17 pm - Reply

    bagus sangat tip ni, semua sama-sama kita dapat manfaatnya supaya bayi sihat
    Denaihati recently posted…Siem Reap ke Battambang satu catatan perjalananMy Profile

  2. Green Artwork May 14, 2013 at 11:23 pm - Reply

    ilmu yg sgt berguna untuk ibu hamil…..
    Green Artwork recently posted…Salam PerkenalanMy Profile

Leave A Response

CommentLuv badge