Selalu lihat lemon di pasar raya tetapi tidak tahu tentang info kegunaan dan manfaat? Artikel ini adalah tentang info lemon dan khasiatnya. Jom kami kongsikan khasiat lemon.

Menurut amalan perubatan tradisional Ayuverda, lemon selalu digunakan dalam menambahkan rasa dalam masakan, melegakan sakit tekak dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit.

Nutrien seperti vitamin B, vitamin C, pectin, potassium, kalsium dan bahan aktif anti oksiden sangat kaya dalam buah lemon. Tidak hairanlah buah ini mempunyai banyak kepelbagaian fungsi! Berjuta-juta lemon!

Tetapi lemon selalunya tidak akan dimakan dengan begitu sahaja kerana rasanya yang sangat masam. Selalunya, orang akan menggunakan buah lemon dalam kuantiti yang sedikit sekadar menambah rasa.

Fizikal dan Tanaman Pokok Lemon

Imej via Bidadari

Pokok lemon boleh membesar sehingga ketinggian 10 ke 20 kaki dengan kehadiran duri pada batangnya yang kecil. Daun pokok ini berwarna hijau gelap dan tumbuh berselang seli pada batang/ranting pokok.

Bunga lemon berwarna putih dan berbau harum dengan 5 kelopak. Buah lemon pula berbentuk oval dengan kulit yang berliang tetapi licin. Sesetengah spesis mempunyai muncung buah yang tajam atau muncung yang rata, berwarna hijau kekuningan hingga kuning terang.

Antara varieti lemon ialah:

  • Bush lemon
  • Eureka
  • Lisbon
  • Ponderosa
  • Variegated Pink
  • Verna, Villafranca
  • Yen Ben
  • Yuzu

Pokok lemon merupakan tanaman natif di kawasan Asia. Penggunaannya meluas di seluruh dunia dalam bidang masakan dan bakeri.

Pengeluar utama lemon dunia ialah:

  •  India
  • Mexico
  • Argentina
  • Brazil,
  • Spain
  • China
  • Amerika Syarikat
  • Turki
  • Iran
  • Itali

Kebaikan Lemon

Imej via Bidadari

Berikut merupakan beberapa kebaikan yang terdapat di dalam buah lemon yang mungkin anda baru ketahui.

#1 Legakan Sistem Pencernaan

Hannya beberapa titik lemon sudah mampu melegakan segalanya. Lemon boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakan penghasilan air liur dan asid perut.

Flavonoid, salah satu sebatian dalam lemon membantu merangsang sistem pencerrnaan dan meninggikan penghasilan jus pencernaan, hempedu dan asid serta merangsang pergerakan peristaltik makanan dalam saluran pencernaan.

#2 Membunuh Parasit dan Mikrob Bahaya

Komponen kimia yang pelbagai dan bersifat bioaktif turut memberikan sifat anti mikrob kepada lemon khususnya jus lemon.

Hashemi dan rakan-rakan pada tahun 2017 ada membuat penyelidikan menarik dengan melakukan penapaian ke atas jus lemon (jus lemon ditambahkan dengan Lactobacillus plantarum LS5) dan mendapati bahawa berlaku aktiviti prebiotik dalam sistem pencernaan manusia.

Aktiviti prebiotik ialah aktiviti mikroorganisma bermanfaat untuk kesihatan manusia. Macam minuman kultur Yakult, Vitagen dan yoghurt yang lain tu!

Selain itu, jus lemon juga didapati mampu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat seperti Salmonella typhimurium dan E. coli.

#3 Memperbaiki Sistem Pernafasan Anda

Lemon sebenarnya boleh dijadikan potensi untuk mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur serta pelbagai lagi masalah pernafasan yang sering berlaku.

Sebatian kaempferol dalam lemon turut dijumpai dalam ubatan anti congestive (kelegaan pernafasan) seperti balms, vaporizers, inhalers dan sebagainya.

#4 Meningkatkan Daya Fokus Anda

Jika anda mahu meningkatkan fokus anda di tempat kerja, lemon mungkin sangat membantu. Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas beberapa individu, mendapati bahawa minyak lemon mampu meningkatkan fokus seseorang hanya dengan menghidu bau tersebut.

Minyak pati lemon mempunyai bau yang menyenangkan selain rangsangan otak yang positif oleh sebatian bioaktif di dalamnya.

#5 Kandungan Anti Oksidan yang Tinggi

Lemon yang kaya dengan sebatian anti oksidan seperti  karotenoid, flavon, flavonol, asid hidroksisinnamik, flavanon, asid sitrik dan asid askorbik berupaya untuk membantu melawan serangan radikal dalam sistem tubuh, seterusnya meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.

Girones-Vilaplana dan rakan-rakan pada tahun 2012 menemui keputusan kajian yang menarik apabila menggabungkan jus lemon dengan jus chokeberi untuk mendapatkan satu formulasi minuman yang sangat tinggi kandungan bioaktif bagi tujuan potensi anti penuaan.

#6 Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan

Seperti yang disebutkan di atas, lemon membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan. Selain itu, lemon membantu dalam memberikan tenaga yang cukup kepada anda. Jika anda sedang berdiet, tambahlah lemon di dalam diet anda. Seperti kebanyakan buah lain, lemon sangat rendah dengan kalori selain rendah lemak dan kolestrol.

Lemon mengandungi pectin yang boleh ‘membuatkan anda berasa kenyang’. Ia juga membantu dalam mengurangkan kadar penyerapan gula di dalam badan. Semestinya, umpama menggantikan makanan ruji anda setiap hari. Lemon juga akan mengeluarkan lebihan air di dalam badan melalui air kencing.

#7 Melawan Masalah Kelemumur

Petua mudah ini adalah seperti berikut: Hanya letakkan jus perahan lemon bersama minyak kelapa ke atas kepala anda untuk membuat mask rambut. Bahan bahan ini akan membantu untuk melembabkan kulit kepala anda sekali gus menghilangkan kelemumur anda.

Kelemumur yang sebenarnya ialah sejenis kulat ini boleh dikawal dengan penggunaan lemon kerana keupayaan bahan-bahan bioaktif dalam lemon yang terbukti bersifat anti kulat.

Tetapi, diingatkan! Lemon juga mempunyai potensi untuk meringankan rambut anda. Jadi, jangan terlebih melakukannya.

#8 Membuatkan Muka Anda Lebih Berseri

Sedia maklum, Vitamin C didapati boleh mencerahkan kulit yang gelap dan menanggalkan sel kulit mati. Tanpa kuantiti vitamin C, kulit anda tidak akan mampu untuk memperbaiki kulit anda dan akan mengakibatkan kedutan di muka.

Menurut kajian, dalam 100 g buah lemon yang belum dikupas, terdapat 53.0 mg Vitamin C!

Sebatian aktif lain dalam lemon juga akan melindungi kulit anda daripada serangan bakteria yang boleh menjadikan anda kusam. Sifat anti oksidan juga akan menyumbang kepada anti penuaan!

#9 Merawat Masalah Jerawat

Sama seperti di atas, lemon mempunyai elemen anti bakteria yang boleh digunakan dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.

Petua tradisional mengesyorkan, hanya basahkan kapas dengan jus lemon dan letakkan ke tempat tempat yang bermasalah untuk semalaman. Apabila anda bangun keesokkan harinya, hanya basuh dan lakukan rutin anda dalam menjaga muka.

Menariknya, konsep ini dicadangkan untuk industri makanan juga apabila Viuda-Martos dan rakan-rakan pada tahun 2008 mencadangkan penggunaan minyak pati daripada lemon untuk dijadikan sebagai pengawet semulajadi dalam makanan untuk mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.

#10 Mengurangkan Kesakitan

Jika anda menghadapi masalah sendi seperti arthritis, rheuma dan sakit sendi yang lain, terdapat petua yang mencadangkan minum segelas air bersama dengan perahan lemon. Ia akan membantu untuk mengurangkan kesakitan anda.

Minyak pati lemon juga mempunyai fungsi yang menenangkan diri, selain saluran darah juga untuk mengurangkan bengkak. Dengan air berserta ekstrak lemon, dikatakan mampu untuk melegakan kesakitan standing pil penahan sakit yang lain.

Bagi wanita, PMS atau pun premenstrual syndrome adalah perkara biasa. Hanya titiskan beberapa jus lemon dan anda akan kembali lega.

#11 Menghilangkan Urat-Urat Yang Ketara

Bukankah urat urat yang selalu timbul di kaki itu mencacatkan pandangan kaki kita? Ayuh amalkan petua lemon untuk membuatkan kaki anda kembali kelihatan menarik. Campurkan minyak yang sesuai dengan minyak lemon dan urutkan dengan perlahan lahan.

Jangan lupa untuk melakukannya secara kerap. Anda akan lihat sedikit demi sedikit, urat anda sudah tidak kelihatan lagi.

#12 Memutihkan Gigi & Penjagaan Gigi

Untuk mereka yang suka dengan penjagaan gigi, mereka akan biasa membeli ubat untuk memutihkan gigi yang mahal harganya. Apa kata jika anda campurkan jus lemon dengan baking soda? Petua ini banyak dikongsikan di media sosial. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda berjaya mendapatkan buih buih dan anda hanya sapukan campuran tersebut ke gigi anda.
  2. Biarkan selama 45 saat.
  3. Bersihkan gigi anda dengan berus gigi dan air.

Tetapi diingatkan bahawa campuran itu boleh melemahkan enamel anda kerana kandungan asid lemon yang tinggi. Jadi, jangan dibiarkan terlalu lama atau jangan kerap lakukannya.

Di samping itu, pengambilan lemon yang kaya dengan Vitamin C boleh mencegah daripada berlakunya skurvi, sejenis penyakit kawasan mulut yang menyebabkan ulser lidah, bengkak gusi dan gigi berdarah.

Rujukan

  1. Gironés-Vilaplana, A., et al. (2012). Phytochemical profile of a blend of black chokeberry and lemon juice with cholinesterase inhibitory effect and antioxidant potential. Food Chemistry134(4), 2090-2096. (link)
  2. Hashemi, S. M. B., et al. (2017). Fermented sweet lemon juice (Citrus limetta) using Lactobacillus plantarum LS5: Chemical composition, antioxidant and antibacterial activities. Journal of Functional Foods38, 409-414. (link)
  3. Viuda-Martos, M., et al. (2008). Antifungal activity of lemon (Citrus lemon L.), mandarin (Citrus reticulata L.), grapefruit (Citrus paradisi L.) and orange (Citrus sinensis L.) essential oils. Food control19(12), 1130-1138. (link)

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat lemon yang terlalu banyak, kami juga ada menulis artikel khasiat sumber yang lain. Jom baca. Oh ya, jangan lupa like dan share ya!

*Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.