Wanita hamil hendaklah menjaga diri dan kesihatan dengan baik ketika mengandung. Anda harus menjaga kesihatan dari aspek fizikal dan emosi kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kandungan anda. Berikut merupakan panduan untuk memastikan kesihatan ketika hamil terjamin

Panduan Kehamilan Sihat

kehamilan

Menjaga pemakanan

Wanita hamil hendaklah mengambil pemakanan diet yang sihat dan seimbang.  Pastikan anda mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang memberikan manfaat kepada kesihatan. Anda boleh mengamalkan diet seperti makan buah-buahan serta sayuran-sayuran. Selain itu, anda boleh menyediakan sarapan yang mengandungi karbohidrat contohnya roti dan bijirin. Seterusnya adalah penting juga untuk mengambil pemakanan yang mempunyai protein seperti ikan, daging dan susu.

Memastikan tahap kebersihan makanan

Wanita hamil perlu memastikan makanan yang diambil dan dimasak adalah bersih. Pastikan sayur-sayuran dan daging dicuci dengan bersih sebelum dimasak. Seterusnya, jika anda ingin makan di luar atau membeli daripada luar pastikan gerai atau restoran tersebut mempunyai tahap kebersihan yang baik. Hal ini amat penting untuk memastikan kesihatan anda terjamin dan terhindar daripada jangkitan penyakit.  Antara penyakit yang boleh dihidapi adalah jangkitan salmonella di mana ia berlaku diakibatkan makan ayam kurang masak dan telur mentah.

Pengambilan tambahan folid asid

Folid asid merupakan tambahan diet yang penting kerana ia boleh mencegar spina bifida dan kecacatan lain tiub neural bayi. Hal demikian berlaku kerana tiub yang melindungi saraf pusat tidak menutup sepenuhnya. Oleh yang demikian, wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil folid asik 400mcg bermula dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama. Untuk pengetahuan anda, folat juga boleh didapati secara semulajadi iaitu melalui pemakanan seperti sayur-sayuran dan bijiran.

 Khasiat makan ikan

Pengambilan ikan juga amat baik dimana minyak ikan mengandungi asid lemak Omega-3 yang berkemungkinan membawa kesan positif kepada praeklampsia, berat kelahiran bayi, perkembangan otak dan saraf bayi pada peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak mempunyai kandungan mineral, protein, vitamin D serta asid lemak omega 3. Ia akan membantu perkembangan dan pembesaran bayi namun ia mengandungi merkuri  serta bahan pencemar yang lain. oleh itu, adalah disyorkan untuk makan ikan berminyak seperti tenggiri dan sardin tidak lebih dua kali dalam seminggu.

Melakukan senaman

Senaman dapat membantu anda meningkatkan kekuatan dalam tubuh anda. selain itu, ia akan menjaga dan meningkatkan ketahanan tubuh terutamanya apabila berat badan kian bertambah. Melalui senaman, anda dapat memastikan anda kembali ke bentuk badan asal setelah bayi dilahirkan. Adalah disyorkan untuk mengikuti program senaman dengan pelatih yang pakar kerana mereka akan membimbing anda untuk melakukan senaman dengan betul. Selain itu, senaman juga boleh membantu menghilangkan rasa stress atau kemurungan yang biasanya dihadapi oleh wanita hamil.

Kredit gambar kepada : http://www.fuh.my

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.