Inilah Fasa Kehidupan Manusia Yang Akan Dilalui

Fasa kehidupan.

Dependance, Independant, Interdependant, Dependant

Kerja saya berdepan dengan orang, dengar cerita orang, dengar masalah dan emosi, dengar pemikiran mereka.

Sering saya dengar keluhan orang tua: “Saya sudah hilang wibawa”, “Saya sudah tidak boleh lakukan itu dan ini”. “Saya sudah tak kuat, tak boleh memandu. ”

Kadangkala anak-anak pula yang hilang sabar dengan ibu-bapa mereka yang asyik rasa marah dan kecewa dengan keadaan diri yang semakin lemah.

Ada juga orang tua yang jumpa saya dan mahukan saya kembalikan tenaga dan anggota badannya seperti tahap dahulu.

Sudah tentu saya tidak dapat lakukan sebab faktor umur.

Jika pembaca atau keluarga pembaca ada mengalami perasan dan emosi begini, inilah dia saranan saya.

Setiap manusia akan lalui fasa-fasa ini :

Fasa kehidupan
Imej via MihaiParaschiv

1. Pergantungan: Dari bayi hingga remaja, tahap pergantungan semakin berkurangan.

2. Bebas atau independant : Tahap remaja hingga dewasa dan diperingkat ini semua benda nak dilakukan sendiri dan boleh lakukan sendiri.

3. Saling membantu atau interdependant adalah peringkat dewasa yang matang di mana individu itu sedar bahawa bekerjasama dan saling membantu menghasilkan yang terbaik untuk dirinya dan kerja. Ini adalah peringkat dewasa matang .

4. Pergantungan : Pergantungan diperingkat umur lanjut bermula lebih awal bagi orang yang dapat penyakit yang mencacatkan seperti stroke atau arthritis tapi setiap yang sudah berumur 70 tahun ke atas akan mengalaminya .

Mata kurang nampak , kekuatan anggota badan kurang, tenaga kurang . Dalam peringkat ini , seseorang perlukan kematangan untuk lepaskan independance dirinya dan benarkan dirinya ditolong.

Anak-anak pula perlu sedar bahawa ibu/ayahnya sudah tidak seperti dulu dan dia perlu ditolong . Jika dulu dia menjaga anaknya sekarang sudah sampai masanya anak menjaga dia.

Bagi orang yang mengalami keadaan ke empat ini , dia perlu redha dengan ketetapan Allah swt dan nilai semula apa yang dia boleh lakukan dengan pengalaman yang ada padanya dan dengan hikmah yang telah diperolehi semasa bekerja dulu .

Kapasiti setiap individu berbeza tetapi tanggung jawab semasa masih diberi nyawa ini adalah untuk amal jariah . Disinilah ramai yang tidak faham erti sebenar beramal salih. Ia bukan puasa, mengaji dan solat. Itu adalah tiang agama dan tiang pada amal jariah tetapi amal salih adalah berkhidmat untuk manusia lain.

Bagi yang sudah tua tetapi masih waras lakukanlah sekadar mampu dengan kekangan yang ada padanya di mana kekuatan fisikal sudah kurang. Masih banyak yang boleh dilakukan, sebagai contoh, menulis, mengajar, menjadi penasihat dan paling kurang pun, layan cucu ( bukan jaga cucu, itu terlalu sukar untuk orang yang sudah tua).

Antara pahala orang yang rasa kecewa dengan hilangnya kekuatan dan wibawa serta kuasa yang ada pada masa bekerja adalah pahala dari sifat redhanya dan menerima ketetapan Allah swt di masa tua.

Saya amat memahami bahawa jiwa kita tidak tua tetapti badan saja yang tua. Dalam badan tua itu ada jiwa yang muda tetapi jiwa orang tua juga, jika dalam umurnya yang lanjut sudah mengumpul ilmu dan hikmah, maka jiwa itu berbeza dengan jiwa orang muda dengan hikmah yang ada padanya ( orang tua).

Sebagai anak-anak, hormatlah orang tua yang sudah lama hidup dan banyak pengalaman . Tidak sama apa yang dia sudah lalui dan alami dengan kamu, anaknya.

Akhirkata, hidup ini akan berakhir untuk orang yang lanjut usia tetapi ruh adalah selamanya dan ruh tetap muda . Pupuklah ruhmy dengan redha dan syukur dan kayakan ruhmu dengan ilmu dan amal salih mengikut kudrat diri masing-masing.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!