Halia sangat signifikan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu di Malaysia. Hampir kesemua masakan Melayu memerlukan halia. Walaupun hanya sedikit sahaja digunakan, ketidak hadiran halia menyebabkan suatu masakan menjadi serba tidak lengkap.

Selain dari dalam masakan, halia juga banyak digunakan dalam tujuan perubatan. Dalam masyarakat Melayu, halia sering digunakan untuk membuang angin dalam badan yang menyebabkan ketidakselesaan tubuh.

Disebalik pelbagai kebaikan dan khasiat halia, kajian terkini mendapati bahawa halia sebenarnya mengundang risiko yang tidak dijangka untuk sesetengah orang yang mempunyai tahap kesihatan tertentu.

Mari kenali kebaikan dan keburukan halia.

khasiat halia

Halia Boleh Mengurangkan Masalah Perut Kembung 

Seringkali di kaca televisyen, kita melihat iklan Eno untuk menghilangkan kembung atau ketidakselesaan perut selepas makan.

Namun sekiranya ada pilihan alternatif yang lebih organik, apa salahnya cuba untuk mengelakkan pengambilan Eno.

Sekiranya kita mengalami kembung perut, kita hanya perlu cuba meminum teh halia atau kunyah sedikit halia mentah yang sudah dibuang kulitnya. Masalah kembung perut inshaAllah akan berkurang.

Halia Mengurangkan Kesakitan

Kajian mendapati bahawa, pengambilan halia diwaktu tanda-tanda awal berlakunya migrain boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

Keadaan ini kerana, halia bertindak sebagai herba yang membantu menghalang hormon keradangan. Kajian lain turut menunjukkan halia boleh membantu merawat arthritis.

Didapati bahawa, pesakit osteoarthritis atau rheumatoid arthritis mengalami kesakitan yang lebih kurang apabila mengambil halia setiap hari berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Halia Boleh Membantu Mengelakkan Kanser

Berdasarkan beberapa kajian, halia didapati mempunyai sifat melawan kanser. Di dalam kajian yang lain pula, didapati bahawa halia boleh mematikan sel kanser ovari.

Terdapat kajian lain menemui makanan tambahan berbentuk halia boleh mengurangkan keradangan di dalam kolon.

khasiat halia

Halia Mungkin Menyebabkan Komplikasi Semasa Mengandung

Apabila dikaitkan halia dengan kehamilan, berlakunya percanggahan hasil penyelidikan. Terdapat beberapa kajian menemui bahawa pengambilan halia sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran dan beberapa komplikasi kehamilan.

Sebaliknya, terdapat juga kajian mendapati bahawa pengambilan halia tidak membahayakan kehamilan terutamanya untuk tujuan mengurangkan loya.

Oleh itu, untuk langkah keselamatan, dapatkan dahulu nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan atau mahu menggunakan halia untuk merawat alahan sepanjang tempoh kehamilan.

Halia Boleh Menyebabkan Radang Mulut

Dalam perubatan botani, halia dikenali sebagai herba yang memanaskan. Dalam erti kata lain, halia boleh menyebabkan tubuh badan menjana lebih banyak haba.

Dari sudut positifnya, halia boleh digunakan untuk melegakan badan yang sentiasa sejuk. Namun begitu, sekiranya diambil pada waktu yang tidak sesuai, halia didapati boleh menyebabkan mulut dan membran mukus menjadi keradangan.

Sekiranya anda mendapati pengambilan halia menyebabkan ketidakselesaan tubuh badan, hentikannya serta merta.

Halia Membantu Dalam Mengurangkan Loya

Masalah loya dan alahan dengan kehamilan memang tidak dapat dipisahkan. Ada sesetengah orang mengalami alahan yang sangat teruk sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.

Jadi bagi yang tidak mengalami sebarang alahan sewaktu hamil, anda sangat beruntung! Antara cara alternatif untuk mengurangkan loya dan muntah-muntah adalah dengan mengamalkan pengambilan halia. Tidak kira dalam apa jua bentuk.

Teh halia, mengunyah yang mentah, gula-gula halia, serbuk halia atau apa sahaja berbentuk halia asalkan anda mampu untuk menelannya. Cubalah!

khasiat halia

Halia Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Kajian terbaru mendapati bahawa serbuk halia mampu mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit diabetis type 2. Namun begitu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya.

Pantau dahulu tahap gula anda dan bincang dengan doktor tentang sejauh mana tindak balas halia dengan ubatan lain.

Halia Boleh Menghalang Pembekuan Darah

Terdapat penyelidikan yang dijalankan di Australia menemui halia sebagai bahan anti-coagulant yang sangat berkesan berbanding aspirin.

Untuk pengetahuan, bahan anti-coagulant digunakan untuk merawat dan menghalang pembekuan darah yang berkemungkinan berlaku dalam salur darah. Pembekuan darah boleh menyebabkan salur darah tersebut.

Arteri yang tersumbat menghalang darah dan oksigen untuk sampai ke bahagian tubuh badan yang lain seperti jantung, otak atau paru-paru. Kejadian ini boleh membawa kepada masalah strok atau serangan jantung.

Sejak belakangan ini, masalah strok dan serangan jantung tidak hanya dialami oleh golongan yang sudah berumur. Jumlah golongan muda berusia seawal 20an atau 30an yang mengalami serangan jantung dan strok juga didapati meningkat.

Bahaya kan? Oleh itu, pengambilan halia boleh menjadi salah satu daripada perubatan alternatif untuk merawat pembekuan darah.

Semoga bermanfaat. Wassalam :)

kredit gambar: Robin, Red Snapper, The Greatist

Penulis: Ummu Hatim

Ummu Hatim adalah salah seorang penulis tetap di Bidadari.My. Penulisannya banyak mengenai keibubapaan dan tips kesihatan. Menulis untuk mendidik diri sendiri disamping berkongsi ilmu pembacaan yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.