in ,

5 Item Wajib Ada Di Rumah Untuk DIY Aktiviti Bersama Anak (Bonus Senarai Cadangan 40+ Aktiviti)

Dunia kanak-kanak adalah bermain. Selain daripada membeli pelbagai jenis permainan untuk anak-anak, sesekali, ibu ayah boleh membuat sendiri (DIY) pelbagai jenis aktiviti untuk anak-anak di rumah. Dengan bermain dan beraktiviti bersama anak, ianya dapat membantu perkembangan mereka.

Mari kita lihat 5 item yang sangat mudah didapati dengan harga mampu milik, yang boleh digunakan untuk mencipta keseronokan bersama anak-anak.

Foto Kredit : http://bhcac.com.au

1. BATANG AISKRIM

Kumpul batang aiskrim selepas dimakan atau boleh dibeli terus batang asikrim biasa / berwarna-warni di pasaran.

Berikut antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak dengan menggunakan batang aiskrim :-

  • Mengasingkan batang ais krim mengikut warna.
  • Mewarna batang ais krim menggunakan warna air.
  • Menyusun batang aiskrim menjadi pelbagai bentuk.
  • Mengira batang aiskrim mengikut nombor pada kad.
  • Membina pelbagai kraf mudah daripada batang aiskrim.
  • Belajar memasukkan batang ais krim ke dalam tabung / bekas / botol.
  • Dijadikan batang aiskrim kepada ‘playdoh’ atau kad yang telah dibentukkan menjadi aiskrim.
Foto Kredit : pinterest.com.mx

2. BOLA POM POM

Bola pom pom yang dijual di pasaran terdiri daripada pelbagai saiz dan warna. Pastikan kita sentiasa memantau anak-anak ketika bermain dengan bola pom pom ini.

Tekstur bola pom pom dapat merangsang deria penglihatan dan deria sentuhan anak-anak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan bola pom pom ini adalah :

  • Memasukkan bola pom pom ke dalam botol.
  • Mengasingkan bola pom pom mengikut saiz.
  • Mengasingkan bola pom pom mengikut warna.
  • Mengira bola pompom mengikut nombor pada kad.
  • Menyusun bola pompom di atas ‘pattern’ yang dilukis pada kertas.
  • Menghasilkan kraf dengan menampal bola pom pom pada kertas bergambar.
  • Memasukkan bola pom pom ke dalam botol untuk dijadikan ‘sensory bottle’ (sesuai untuk bayi).
  • Bermain ‘pom pom drop’ iaitu menjatuhkan bola pom pom dari atas ke bawah melalui botol / ‘tissue roll’.
  • Bermain ‘pom pom race’ iaitu berlumba meniup bola pom pom menggunakan straw ke garisan penamat.
  • Memasukkan bola pompom ke dalam bekas yang diisi beras atau pasir untuk ‘sensory play’ atau ‘messy play’ atau ‘treasure hunt’.
  • Memasukkan bola pompom ke dalam air dan gunakan senduk untuk mengaut keluar bola pom pom tersebut daripada air.
Foto Kredit : supermama.me

3. RIBEN

Riben yang pelbagai saiz, tekstur, corak dan berwarna-warna semestinya dapat menarik perhatian si manja untuk bermain dengannya, bukan?

Berikut merupakan cadangan aktiviti yang menggunakan riben untuk bermain bersama si manja :-

  • Belajar mengikat riben.
  • Aktiviti ‘lacing’ / ‘threading’.
  • Digunakan untuk membuat kraf bersama anak-anak.
  • Belajar mengira dengan menggunakan potongan riben.
  • Menyusun riben dengan kepanjangan berbeza untuk belajar tentang saiz.
  • Belajar mengikat pelbagai jenis ikatan seperti tocang rambut dan lain-lain.
  • Mengikat riben pada kotak, ‘ring’ atau ‘tissue roll’, biarkan riben-riben itu terurai di hadapan bayi dan dan biarkan bayi bermain dengan riben itu ketika mereka baring atau meniarap.
Foto Kredit : keywordsuggest.org

4. SEPIT

Bagi kanak-kanak, bukan mudah untuk mereka mula menggunakan sepit. Ianya memerlukan kekuatan ‘pincer grasp’ mereka untuk menggunakan sepit.

Jom kita lihat aktiviti yang boleh dilakukan bagi melatih anak-anak menggunakan sepit :-

  • Menyepit pada kertas / kad kosong atau kertas / kad berwarna.
  • Menyepit nombor pada kad mengikut bilangan barang yang betul.
  • Menyepit bola pom pom ke dalam warna air dan melukis di atas kertas.
  • Menyepit bola pom pom bersaiz kecil untuk mengalihnya dari satu bekas ke bekas lain.
  • Bermain ‘pretend play’ dengan menyepit baju mainan, kad, kertas kecil dan sebagainya pada tali.
Foto Kredit : dascalim.ro

5. BUTANG / MANIK

Butang atau manik juga merupakan antara item yang pasti digemari si kecil untuk bermain dengannya kerana ia berwarna-warni serta mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.

Pemantauan ibu bapa adalah sangat penting ketika anak-anak bermain dengan butang dan manik ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan butang / manik adalah :

  • Mengasingkan butang / manik mengikut saiz.
  • Mengasingkan butang / manik mengikut warna.
  • Mengasingkan butang / manik mengikut bentuk.
  • Belajar memasukkan butang / manik ke dalam botol.
  • Menggunakan butang / manik untuk belajar mengira.
  • Menghasilkan gelang atau rantai daripada butang / manik.
  • Menyusun butang di atas ‘pattern’ yang dilukis pada kertas.
  • Butang dan manik dijadikan aksesori dalam aktiviti kraf mudah.
  • Memasukkan butang / manik ke dalam botol / ‘zip-lock bag’ untuk dijadikan ‘sensory bottle’ / ‘sensory bag’.
  • Butang dijahit pada riben untuk dijadikan ‘button snake’ untuk anak belajar membutang ke dalam kain felt yang telah dilubangkan.
  • Memasukkan butang / manik bersama bola pom pom ke dalam bekas yang diisi beras atau pasir untuk ‘sensory play’ atau ‘messy play’ atau ‘treasure hunt’ 
  • Memasukkan butang / manik ke dalam tin / botol untuk dijadikan ‘alat muzik’ si kecil.
  • Menekan butang / manik ke dalam ‘playdoh’ sebagai aksesori ‘playdoh’ berbentuk biskut, aiskrim atau kek.
Foto Kredit : youtube.com

JOM BERAKTIVITI BERSAMA SI MANJA!

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak dengan menggunakan item-item ini, bukan? Pasti banyak lagi idea-idea menarik yang boleh diteroka mengikut kreativiti masing-masing dalam beraktiviti dengan menggunakan item-item tersebut.

Aktiviti-aktiviti sebegini bukan sahaja dapat melatih daya tumpuan si kecil, meningkatkan kemahiran kognitif serta daya kreativiti anak, malah ianya dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka, serta menguatkan otot jari dan tangan anak-anak sebelum mereka mula belajar menulis.

Percayalah, anak-anak akan berasa gembira dapat bermain sambil belajar melalui aktiviti-aktiviti sebegini dan kegembiraan mereka pasti berganda apabila kita meluangkan masa untuk bermain bersama mereka.

Selamat beraktiviti bersama si manja!

Eyza Faizah

Written by Eyza Faizah

Graduan dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti tempatan. Berpengalaman dalam bidang pengurusan dan professional serta pengacaraan majlis. Kini bergelar 'work at home mom' (WAHM) - berkhidmat untuk keluarga dan menulis artikel online. Klik sini untuk Facebook beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Sangka, Perkara Kecil Sebegini Telah Membuat Hati Si Kecil Ini Terluka.

Siapa Sangka Perkara Kecil Sebegini Telah Membuat Hati Kecil Ini Terluka.

Resepi Nasi Lemak Sedap (Simple)