in ,

Cara Mudah Buat ‘Doll House’. Walaupun ‘Simple’, Ia Tetap Menjanjikan Keseronokan!

Bermain dengan anak patung dan ‘doll house’  merupakan salah satu ‘imaginative play’  yang cukup digemari oleh kanak-kanak.

Ianya bukan sekadar menjanjikan keseronokan buat mereka, malah turut bermanfaat dalam meningkatkan lagi kosa kata, kemahiran sosial, kemahiran motor serta meluaskan lagi imaginasi mereka.

Percaya atau tidak, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai dan mendapatkan beberapa item di kedai buku atau pasaraya terdekat sahaja, anda boleh membina ‘doll house’  ini sendiri di rumah!

Ya, tanpa perlu mencari pelbagai jenis bahan, tanpa perlu menjahit, tanpa menggunakan ‘hot glue gun’  dan tidak menggunakan walau secebis kain pun, ianya pasti mampu dihasilkan oleh anda sendiri buat anak-anak tercinta.

Berikut merupakan tips dan cara mudah untuk membina ‘doll house’  yang ‘simple’ sebegini buat si manja.

BAHAN-BAHAN

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘doll house’  ini adalah :-

  • Kotak tisu
  • ‘Card board’
  • Kertas warna saiz A4
  • Kertas warna jenis berkilat (laser type)
  • Kotak terpakai
  • Kad tebal
  • Pelbagai ‘sticker’  menarik
  • Gam biasa
  • Salotape besar
  • ‘Double tape’

Info tentang bahan-bahan :-

  1. Untuk ‘doll house’  ini, perabot utama dibeli di pasar raya berdekatan, manakala perabot yang tidak mencukupi dibuat sendiri.
  2. Aksesori untuk ‘doll house’  ini hanya menggunakan pelekat daripada ‘sticker book’  yang sedia ada.
  3. Gunakan kertas warna jenis berkilat (laser type) sebagai pengganti material kain untuk langsir dan alas meja.
  4. Gunakan ‘double tape’  tebal bewarna hitam kerana ianya dapat melekat dengan lebih kuat berbanding ‘double tape’  nipis bewarna putih.
  5. Untuk ‘doll house’  lebih tahan lasak, gunakan ‘card board’ sepenuhnya, kain felt dan ‘hot glue gun’  sebagai bahan utama.
‘Sticker book’  yang mengandungi pelbagai jenis ‘sticker’  menarik (dibeli semasa Big Bad Wolf 2017). Untuk ‘doll house’  ini, kebanyakan ‘sticker’  diambil daripada ‘My Giant Doll’s House Fun Sticker Book’.

11 TIPS MUDAH BINA ‘DOLL HOUSE’

  1. Sebelum mula membina ‘doll house’  ini, buat lakaran ringkas terlebih dahulu tentang rupa bentuk akhir ‘doll house’  ini apabila siap kelak.
  2. Berapa banyak ruangan yang ingin dibina dan warna apa yang ingin digunakan untuk setiap ruangan akan menentukan saiz serta hasilnya kelak.
  3. Lekatkan ‘card board’  di setiap tingkat supaya bahagian lantainya lebih keras.
  4. Tampal ‘salotape’  di bahagian hujung hadapan setiap ruangan untuk mengelakkannya daripada terkoyak.
  5. ‘Doll house’  ini menggunakan ‘striking colour’  iaitu warna terang untuk bahagian dinding dan siling, manakala ‘pastel colour’  iaitu warna lembut untuk bahagian lantai di setiap ruangan.
  6. Susunan warna ruangan mengikut warna pelangi akan membuatkan ‘doll house’  kelihatan lebih menyerlah.
  7. Letakkan ‘doll house’ di atas meja dan lekatkannya di dinding agar ianya lebih kukuh.
  8. Semua perabot tidak dilekatkan untuk membolehkan anak mengubah suai susunan perabot di setiap ruangan. (Abaikan ‘sticker’  yang telah dilekatkan di dinding setiap ruangan dan benarkan mereka berkreativiti).
  9. Aksesori bagi setiap ruangan boleh ditambah dari semasa ke semasa mengikut kreativiti.
  10. Jika berkesempatan, buat aksesori kecil seperti botol sabun dan pinggan dengan mengunakan manik, labuci, butang bercorak dan sebagainya.
  11. Memandangkan saiz ‘doll house’  ini adalah kecil, kesabaran yang sangat tinggi amat diperlukan dalam membina ‘doll house’  ini.

JOM ‘EXPLORE’  SETIAP RUANGAN ‘DOLL HOUSE’  INI

Mari kita jelajah ‘doll house’  ini daripada ruangan bawah sekali hingga ke atas.

RUANG 1 : HALAMAN RUMAH

Ruangan ini terdiri daripada 3 warna berbeza untuk membezakan setiap bahagian iaitu warna hijau untuk laman, warna hitam untuk jalan dan warna kuning mustard untuk ‘parking lot’.

Perabot untuk halaman rumah ini hanyalah kincir angin, buaian, dan ‘mini play house’.

‘Mini play house’  tersebut diperbuat daripada kotak terpakai. Hanya tampalkan kertas warna dan ‘sticker’  untuk ianya kelihatan lebih menarik.

RUANG 2 : RUANG TAMU

Untuk ruangan ini, ia dipenuhi dengan pelbagai perabot. Maka, hiasan yang digunakan adalah sangat minima supaya tidak kelihatan ‘crowded’.

Hanya tampalkan ‘sticker’  lampu di bahagian tengah dinding serta langsir di bahagian kiri dan kanan ruang ini.

Jika mahu, boleh lekatkan ‘frame’  gambar mini di bahagian kiri dan kanan pelekat lampu tersebut sebagai hiasan tambahan.

 

RUANG 3 : DAPUR

Di ruangan ini hanya terdapat perabot bewarna ungu sebagai peti ais dan dapur yang diperbuat daripada kotak terpakai dan kad tebal.

Untuk hiasan, tampal ‘sticker’  di bahagian dinding dapur dan dinding ruangan tersebut untuk menjadikan ia lebih berseri.

 

RUANG 4 : RUANG MAKAN

Kerusi bagi ruang makan ini diperbuat daripada ’tissue roll’  dan dibalut menggunakan kertas warna dengan menggunakan gam biasa. Meja makan pula diperbuat daripada ‘double tape roll’, ‘tissue roll’, kad tebal, dan kertas warna. Manakala alas meja diperbuat daripada kertas warna biru jenis berkilat (laser type).

Tampalkan langsir, ‘sticker’  jam dan ‘sticker’  pasu di bahagian dinding sebagai hiasan.

RUANG 5 : BILIK AIR

Untuk ruangan ini, gunakan perabot sedia ada untuk memenuhi ruang. Memandangkan ‘bath tub’  tersebut terlalu rendah, ketinggiannya ditambah dengan menggunakan ‘card board’  dan kertas warna ungu.

Mesin basuh diperbuat daripada ‘card board’, kertas warna dan kertas warna jenis berkilat (laser  type). Manakala mangkuk tandas diperbuat daripada ‘card board’  dan kertas warna.

Dinding bilik air pula ditampal dengan lagsir serta beberapa ‘sticker’  sebagai hiasan. Jika mahu, boleh lukis gambar paip air di bahagian dinding ruangan ini.

RUANG 6, 7, 8 : BILIK TIDUR

Memandangkan bilangan katil tidak mencukupi, tambahan katil dan bantal dibuat dengan menggunakan kotak terpakai, ‘card board’  serta kertas warna jenis berkilat.

Kerusi untuk meja solek pula diperbuat dengan menggunakan lapisan ‘card board’  serta kertas warna.

Sama seperti ruangan lain, hanya tampalkan langsir di bahagian dinding dan beberapa ‘sticker’  sebagai hiasan.

RUANG 9 : ‘PLAY ROOM’

Bahagian ini dibina dengan menggunakan ‘card board’  yang disambung terus bersama bumbung ‘doll house’.

Perabot yang tidak digunakan di mana-mana ruang diletakkan di ruangan ini sebagai alat permainan untuk anak patung.

Tampal ‘sticker’  lampu di bahagian tengah dinding dan pelekat lain sebagai hiasan tambahan. Untuk memberikan kelainan, bahagian siling ruangan ini ditampal dengan ‘sticker’  bulan dan bintang.

BAHAGIAN LUAR DAN ‘VIEW’  KESELURUHAN ‘DOLL HOUSE’

Untuk bahagian luar, hanya tampal kertas warna merah jambu jenis berkilat dengan menggunakan ‘double tape’  tebal bewarna hitam.

Ini merupakan view keseluruhan ‘doll house’  yang ‘simple’  ini apabila siap.

Dan ‘doll house’  ini sedia dimainkan bersama ‘play book / play scene’  yang lain seperti ‘play book’  bengkel kereta serta ‘play scene outdoor’.

‘Play book’  bengkel kereta dan ‘play scene outdoor’  juga dibeli semasa Big Bad Wolf 2017.

DIY SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Untuk membuat ‘doll house’  sebegini, ianya mengambil masa lebih kurang 3 hari (atau mungkin kurang) jika dapat betul-betul fokus dalam menghasilkannya. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kekangan masa, cuba DIY ‘doll house’  ini sedikit demi sedikit sehingga siap.

Percayalah, anda pasti akan menikmati kepuasan berganda apabila ‘doll house’  ini berjaya disiapkan dan anak-anak bermain ‘doll house’  ini dengan riang gembira.

Selamat mencuba!

Eyza Faizah

Written by Eyza Faizah

Graduan dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti tempatan. Berpengalaman dalam bidang pengurusan dan professional serta pengacaraan majlis. Kini bergelar 'work at home mom' (WAHM) - berkhidmat untuk keluarga dan menulis artikel online. Klik sini untuk Facebook beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Ayam Black Pepper

Resepi Ayam Black Pepper Yang Sedap (7 Langkah Mudah)

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik Milo (Lembut Dan Mudah)