Ayah Ini Kongsikan Cara Menabung Yang Berkesan. Menarik!

Menabung untuk anak adalah perkara penting.Duit yang disimpan boleh digunakan untuk kegunaan pendidikan di masa hadapan dan banyak lagi.

Tetapi apabila tiba masanya untuk menabung, ianya boleh menajadi satu cabaran yang besar.Ada sahaja halangan keperluan lain yang datang. Tips daripada seorang ayah, Azzad Mokhri cara menabung untuk anak ini mungkin boleh dicuba.

 

 

Cara Menabung Paling Berkesan

Cara simpanan untuk anak. Saya belajar dari mak ayah saya. Simple tapi berkesan. Rujuk jadual kat bawah. Anak 18 tahun sudah ada simpanan rm 35K. Boleh dijadikan tabungan pelajaran dan lain-lain.

 

Beberapa syarat;

1) Simpan di tempat yang beri pulangan seperti ASB, Tabung Haji dan lain-lain.

2) Mulakan dengan amount yang kecil dan ditambah setiap tahun. Contoh Rm 20 sebulan dan tambah Rm 10 pada tahun hadapan dan seterusnya.

3) Duit tersebut tidak boleh digunakan/dikacau/dikeluarkan.

Jadual tabungan
Imej via Facebook

 

Ada beberapa andaian dalam pengiraan saya;

1) Pulangan dividen 6% setahun.

2) Pengiraan dividen adalah kepada jumlah keseluruhan tahunan.

3) Duit tambahan yang diperolehi (duit raya anak dan lain-lain) tidak dimasukkan.

Umumnya ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi jumlah pelaburan;

1) Tahun simpanan. Semakin lama simpan, semakin berganda.

2) Simpanan bulanan. Semakin banyak, semakin berganda.

3) Pulangan dividen. Semakin tinggi, semakin berganda.

Jadi play around dengan 3 faktor ini.

Jika anda ada teknik lain, sama-sama kongsikan

error: Content is protected !!