Tawar Hati Dengan Suami? 33 Tips Untuk Kembalikan Rasa Cinta Anda
Tawar hati dengan suami? Sesungguhnya perkahwinan mempunyai ujian dan cabarannya yang tersendiri. Tersilap langkah, salah seorang pasti akan tawar hati.…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Tawar hati dengan suami? Sesungguhnya perkahwinan mempunyai ujian dan cabarannya yang tersendiri. Tersilap langkah, salah seorang pasti akan tawar hati. Apa nak buat jika anda tawar hati dengan suami? Jom lihat 33 tips untuk kembalikan rasa cinta anda terhadap suami.
#1 Ingat Semua Orang Manusia
Semua orang manusia, pastinya akan melakukan salah dan silap. Sekiranya salah suami menjadikan anda semakin tawar hati, fikirkanlah bahawa sebagai manusia biasa, dia takkan terlepas dari melakukan kesilapan.
#2 Buang Perkara Negatif
Reset minda anda! Buang segala perkara yang negatif yang membelanggu diri anda. Perkara negatif menjadikan anda semakin tawar hati dengan suami.

Imej via pesonapengantin
#3 Tetapkan Pendirian Dan Cinta Anda
Tetaplah pendirian dan cinta anda, bahawa sekiranya apapun berlaku, jangan sesekali berfikir untuk menghentikan hubungan anda dan suami. Jadikanlah cinta anda sebagai penguat semangat untuk anda berbaik dengan suami.
#4 Ingat Kata Manis Dan Janji Anda Pada Pasangan
Biar apa pun salah pasangan, cuba anda ingat semula apa janji dan kata manis anda pada pasangan suatu masa dahulu. Ia dapat mengembalikan rasa cinta anda pada suami.
#5 Lihat Gambar Intim Anda Dan Pasangan
Lihat semula gambar anda dan pasangan apabila sudah mula rasa tawar hati. Gambar anda bersama dan gambar intim anda berdua akan mengingatkan anda betapa cintanya anda pada pasangan.
#6 Tiada Pasangan Yang Sempurna
Fikirlah bahawa tiada suami yang sempurna di mata ini. Sempurnanya adalah mengikut diri anda sendiri. Tawar hati terhadap suami boleh dihilangkan dengan memikirkan hal tersebut.

Imej via diaridunia
#7 Keluar Dating Seperti Dahulu
Dah lama tak keluar dating kan? Inilah masanya anda perlu keluar dating seperti mula-mula sebelum kahwin dahulu. Pergi ke tempat dating yang sering anda pergi dahulu dapat menghilangkan rasa tawar hati terhadap suami.
#8 Solat
Solatlah dan minta kepada Allah agar diberikan yang terbaik untuk hubungan anda dan suami. Apabila anda solat, hati menjadi tenang. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan.
#9 Doa
Doa agar hati anda terpaut semula kepada suami dan tidak tawar hati lagi. Doa anda pasti dimakbulkan Allah SWT. Allah amat suka hambaNya yang berdoa dengan seikhlas hati.
#10 Senaraikan Sebab Anda Mencintai Pasangan
Jangan lupa, senaraikan sebab kenapa anda mencintai pasangan. Anda takkan buat keputusan yang salah sekiranya anda tahu apakah matlamat anda dan kenapa anda perlu jaga cinta ini. Tawar hati akan hilang jika anda dapat berfikir dengan betul.

Imej via baituljannah
#11 Berfikir Dengan Matang
Tawar hati itu biasa tetapi atasinya adalah luar biasa. Apabila anda berfikir dengan matang, anda akan dapati bahawa tawar hati adalah perkara yang sia-sia. Banyak lagi jalan penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk selamatkan hubungan anda dan suami.
#12 Jangan Buang Masa
Jangan sesekali buang masa dengan merosakkan hubungan anda sendiri. Cepat-cepat baiki hubungan dengan suami anda. Masa yang terbuang dengan ego anda akan merugikan hubungan anda berdua.
#13 Kaji Masalah Dan Masa Lalu Anda
Mungkin anda tak sedar, anda juga melakukan kesalahan. Janganlah tawar hati dengan suami sedangkan anda juga adalah punca permasalahan tersebut. Kaji masalah dan masa lalu anda dahulu.
#14 Belajar Memaafkan
Belajarlah memaafkan suami sekiranya suami banyak sakiti anda. Apabila anda memaafkan suami, pasti anda takkan tawar hati lagi dengan mereka. Ia juga dapat mengembalikan cinta anda kepada suami.

Imej via kifarahmedia
#15 Menjadi Lebih Baik Lagi
Anda dan suami perlulah mempunyai mindset dan sikap untuk menjadi lebih baik lagi. Dengan menjadi lebih baik setiap hari, pasti anda tidak akan tawar hati lagi dengan suami.
#16 Belajar Redha
Walaupun kesalahan suami menjadikan kita tawar hati kepada mereka, belajarlah untuk redha. Mungkin Allah SWT tengah menguji kesabaran dan kekuatan rumah tangga kita.
#17 Dengar Lagu Cinta Anda
Setiap kisah percintaan pasti mempunyai lagu cinta yang tersendiri. Sila dengar semula lagu cinta anda, ia akan menjadikan anda mengimbas kembali kenangan anda bercinta dengan suami pada masa yang lalu.
#18 Berbincang Dengan Pasangan
Bincanglah dengan pasangan anda sebaik-baiknya untuk membaiki perkahwinan anda. Berbincanglah dengan baik, rendahkan ego masing-masing. Anda perlu bekerjasama dengan suami untuk menjadi lebih baik dalam perhubungan anda.
#19 Tengok Filem Atau Baca Buku Romantis
Tontonlah filem-filem atau baca buku yang romantis bersama suami atau seorang diri. Sedikit sebanyak, pasti ia dapat mengatasi masalah tawar hati anda terhadap suami.

Imej via pesonapengantin
#20 Belikan Hadiah Untuk Suami
Walaupun tawar hati, berilah hadiah untuk suami anda. Dengan berbuat demikian, ego anda akan turun sedikit dan boleh memaafkan suami serta menerima mereka seikhlas hati. Apabila melihat mereka gembira, pasti anda juga akan gembira.
#21 Luahkan Kata Cinta Setiap Hari
Jangan lupa untuk ungkapkan kata cinta setiap hari kepada suami anda. Biarpun bunyinya romantis, tetapi anda akan malu dan seronok apabila mereka melayan kerenah anda.
#22 Hantar Pesanan Romantis
Jangan lupa juga untuk menghantar pesanan romantis untuk suami anda. Jika anda tawar hati, anda harus dekatkan diri lebih lagi dengan mereka untuk menyelamatkan hubungan. Janganlah marah-marah mereka lagi.
#23 Hargai Setiap Pertolongan Suami
Suami masih lagi melayan dan membantu anda untuk kerja rumah atau uruskan anak. Walau apapun yang mereka lakukan, hargai mereka dan ucapkan terima kasih tak kira apapun. Mereka akan menjadi lebih baik dan anda juga takkan tawar hati lagi.

Imej via beritasteady
#24 Lakukan Kerja Rumah Bersama
Kalau boleh, buatlah kerja rumah bersama-sama. Anda akan melakukan situasi yang indah bersama suami biarpun hanya membuat kerja rumah. Mungkin sudah lama tidak membuat kerja rumah bersama? Tawar hati takkan berlaku jika semuanya dibuat bersama.
#25 Mandi Bersama Suami
Seronoknya dapat mandi bersama suami. Terasa macam comel pula kan! Mandi bersama dapat mengeratkan hubungan suami isteri, malah ia akan mengembalikan cinta anda terhadap pasangan. Takkan ada lagi masalah tawar hati.
#26 Tidak Mengungkit, Move On
Jangan mengungkit lagi dengan apa yang suami lakukan dan penyebab anda tawar hati. Terus move on dan maju ke depan. Buat hal seperti biasa.
#27 Tidur Beralaskan Lengan Suami
Hati anda akan tenang jika dapat tidur beralaskan lengan suami. Tahukah anda, hormon phero dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri sehingga isteri berasa rileks dan tenang? Tanpa disedari, isteri akan hormat dan lebih sayang kepada suami.

Imej via baituljannah
#28 Ciuman Dan Pelukan
Ciuman dan pelukan antara suami isteri akan menambahkan rasa cinta biarpun usia perkahwinan sudah lama. Setiap kali berpelukan atau berciuman dimana kulit anda bersentuhan, hormon oxytocin dirembeskan dari tubuh.
#29 Solat Berjemaah Bersama
Apabila terasa tawar hati, solat jemaahlah bersama. Solat jemaah dapat membawa suami isteri kepada kehidupan yang lebih diberkati. Selepas solat, suami berdoa, anda akan mengaminkan doa dan bersalaman dengan suami.
#30 Selalu Berdua, Buang Orang Lain
Selalulah keluar berdua dengan suami, jangan luangkan masa dengan orang lain lebih banyak daripada suami. Walaupun orang lain adalah mertua atau ibu bapa anda, anda perlu keluar berdua dengan suami dengan kerap.

Imej via laicikang
#31 Kerap Bersama Suami
Anda harus lebih kerap bersama suami. Jika dia inginkan anda, jangan bersikap dingin terhadapnya. Berilah peluang dan hak kepadanya untuk bersama anda, tawar hati anda terhadapnya akan hilang.
#32 Terima Suami Seadanya
Ingatlah semula kenapa anda menerima suami menjadi suami anda suatu masa dahulu. Terimalah mereka di saat apapun situasi mereka. Sama-sama perlu membantu mengekalkan hubungan dan mengembalikan rasa cinta semula.
#33 Tipu Diri Sendiri Sehingga Menjadi
Tipu diri sendiri sehingga anda berasa tidak tawar hati dengan suami lagi. Mesralah dengan suami setiap kali bersamanya. Perasaan tawar hati anda akan hilang tak lama lagi biarpun pada mulanya seperti hipokrit.
Itulah dia 33 cara mengembalikan rasa cinta terhadap suami. Lepas ni, takkan ada tawar hati lagi ok! Jom baca pula ayat pickup line untuk suami, ayat pengasih pikat suami dan nafkah isteri suami wajib bagi.