Bahaya Aluminium Pada Kesihatan Diri Perlu Kita Tahu

Sebenarnya banyak lagi sumber pencemaran dengan aluminium selain periuk nasi aluminium dan juga periuk aluminium .
Memanglah sedikit aluminium pasti akan ada dalam air minum dan dalam makanan sebab ia adalah sebahagian dari apa yang ada di alam sekitar secara alami.

Bahaya Aluminium
Imej:wisegeek

Namun begitu sebab Aluminium bukan zat galian yang diperlukan oleh badan kita ia boleh menyebabkan penyakit.
Aluminium yang masuk kedalam sel saraf dan otak telah disahkan boleh menyebabkan penyakit Alzheimers.

Dari mana kita mendapat aluminium secara berlebihan?

Berikut adalah punca aluminium memasukki badan kita :

Baking powder, tepung self rasing, formula bayi ( tinnya aluminium) makanan berproses dan yang dibaluk dengan aluminium foil, bahan pewarna dan ‘food additives;

krimer kopi, antacid dan lain-lain ubatan, bahan dalam vaksin( teramat sedikit), kosmetik, deodoran, losyen, sunscreen serta minuman dalam tin atau packet yang bersalut aluminium, serta periuk dan botol air, acuan kueh, tin kek dan lain-lain bekas aluminium. Awas tomato puree yang dijual dalam tin.

Bila kita guna periuk aluminium dan masak dengan kepanasan tinggi serta letakkan bahan cuka atau masam dalam masakkan, ini menambahkan aluminium yang akan larut kedalam kuah.

Bila seseorang itu lebih banyak memakan makanan berproses, makan luar dan minum dari tin, lagi banyak aluminium memasukki badannya .

Kebanyakkan aluminium ini akan keluar balik dari badan, ia tidak diserap tetapi bagi orang yang ada masalah penghazaman , masaalah usus yang menyebabkan radang, lagi banyak aluminium akan diserap .

Langkah pertama untuk minimakan risiko keracunan dengan aluminium
1.elak produk ubatan yang ada aluminium
2.elak deodoran beraluminium
3.elak bekas masak makan dan minum aluminium

Detox dengan cara begini:

#1 Mandi secara berendam dengan garam Magnesium sama ada Magnesium Flake atau Epsom Salt Seminggu sekali

#2 Ambil capsule N Acetyl Cystein 2 hari dalam seminggu, Ini akan banyakkan ‘glutathione’ dalam sistem badan dan ini diperlukan untuk proses detox .

#3 Pastikan cukup Vitamin D dalam badan ( berjemur panas waktu pagi atau ambil supplement D3 atau minyak ikan cod. Ada bukti Vit D akan tingkatkan glutathione dalam badan

#4 Ambil supplement MSM . ( ada jual di farmasi brand Stay Well )

#5 Ambil kunyit atau extract nya curcumin beberapa hari dalam seminggu

Rujukkan

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11130287

http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2014/03/22/aluminum-toxicity-alzheimers.aspx

http://www.alzheimers.net/10-22-14-aluminum-contaminates-brain

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!