, , ,

Bagaimanakah Cara Mendidik Anak Takut Pada ALLAH SWT ?

Ramai yang bertanya, bagaimanakah cara untuk membuatkan anak kita takut pada ALLAH? Kurangkan hiburan televisyen dan hal-hal hiburan lalai yang lain?

InsyaALLAH wa BiAunILLAH. Perkongsian seterusnya ada dalam artikel ini.Cara kami boleh jadi salah bagi kalian, boleh jadi tidak sesuai buat kalian, boleh jadi tidak updated dengan kalian, tapi yang penting anak-anak kami seronok dan suka dengan cara tersebut.

Didik anak

Jadi, tiada paksaan untuk ikut atau tidak mahu ikut, kerana masing-masing mempunyai perancangan sendiri yang terbaik untuk anak masing-masing.

Berbalik kepada persoalan BAGAIMANA?

Ianya mempunyai 4 fasa utama iaitu;
1) Diri pertama
2) Diri Kedua
3) Hasil
4) Penetapan

Diri pertama, merujuk kepada IBUBAPA itu sendiri. Jika ibubapa ‘kaki gajet’, ‘kaki layan FB’, ‘kaki dvd’ dan segala kaki yang ada, serba sedikit unsur jangkitan akan berlaku. Hal inilah yang diterapkan oleh sang faqir dan isteri, iaitu mengurangkan atau menghadkan penontonan televisyen, jika ingin menonton, mereka perlu menonton bersama-sama, hal ini memerlukan pengasahan.

Anak-anak perlu dibentuk dengan adab terlebih dahulu sebelum adab tersebut menjadi displin hidup mereka. Setakat ini, anak-anak jika mereka memakai jubah, perkara yang tidak akan tertinggal adalah kufiah dan serban. Kenapa? Kerana mereka ikut setiap perkara yang mereka lihat.

Gajet adalah dilarang bagi mereka, terutamanya ‘games’ baik di dalam gajet smartphone atau sebarang bentuk permainan stimulasi. Jika ada penggunaan gajet pun, hanya untuk sampingan pembelajaran, contoh jika tiada pen dan kertas (jika berada di luar rumah).

Kenapa ya? Kan itu dah macam membuatkan anak jadi jumud, konservatif dan kolot. Soalan yang sama sang faqir tanya, adakah dengan memberi gajet kepada anak, ada JAMINAN mereka akan menjadi Progresif, Inovatif, Moden dan Positif? Jika ada jaminan, sila teruskan, tiada masalah.

Cuma setakat ini pemerhatian cetek sang faqir, kebanyakan (bukan semua) ibubapa yang menyediakan gajet khas lagi khusus kepada anak-anak mereka adalah disebabkan supaya anak tersebut tidak merajuk, tidak mengganggu mereka membuat kerja dan menjadi ralit dengan gajet tersebut, ini kebanyakan, bukan semua. Maka, penggunaan gajet dalam membantu membina sahsiah diri anak-anak masih tidak relevan bagi sang faqir yang dhoif ini.

Jadi, sekarang bermaksud anak-anak sang faqir memang buta IT? InsyaALLAH tidak mudah-mudahan, mereka tidak buta IT, malahan mereka mahir menggunakan Microsoft Office dan Adobe Program (Adobe Photoshop dan Illustrator), malahan Hakimy banyak membantu sang faqir menyediakan nota kuliah.

Tidak memberi gajet, tidak bermaksud menghalang kemajuan pada diri mereka, kemodenan perlu digunakan pada hal yang sepatutnya, pendek kata anak-anak kecil tidak memerlukan gajet tetapi mereka memerlukan kasih sayang dan belaian.

Sang faqir tidak terlepas terkena teguran daripada Hafidz(3 tahun), “Papa, jangan banyak main handset, nanti lupa ALLAH tau.”

Teguran dari anak kecil yang lekat dalam fikiran dan jiwa sang faqir, amat malu.

Hakimy juga ada menegur sang faqir, “Papa, handphone tak boleh bawa masuk kubur tau.”

Malu sebenarnya, walaupun mereka tidak tahu bahawa sang faqir sibuk menjawab panggilan atau menjawab pertanyaan orang yang bermasalah. Jadi, tidak boleh marahkan mereka kerana mereka sudah diDEDAHkan dengan tidak memandang gajet. Maka, pendek kata, tidak kolot jika tidak beri gajet pada anak-anak.

Jadi, bagaimana cara hendak menarik mereka kepada Al Quran atau buku atau belajar? Maka, ini berbalik kepada fasa kedua, iaitu diri kedua. Diri kedua merujuk anak-anak itu sendiri. Ianya melibatkan PENDEDAHAN. Anak-anak perlu didedahkan dengan perkara yang mereka sepatutnya didedahkan. Perkara paling utama didedahkan adalah KENAL ALLAH atau mudahnya Ilmu Tauhid.

Mereka bukan sahaja perlu dididik menghafal sifat 20 malahan perlu diberi faham akan hal tersebut. Kenal mereka kepada PENCIPTA mereka, maka kenallah diri mereka adalah lemah dan perlu taat, jadi hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa khauf(takut) dan raja’(harap) pada ALLAH.

Sebagai contoh, Hakimy pernah diuji semasa di kedai makan, sang faqir sengaja berkata, “Papa tertinggal duit, tak boleh bayar, Hakimy tunggu sini boleh tak? Papa gi ambil duit.”

Jawapan dari Hakimy (6tahun) agak mengejutkan, “papa, ALLAH kan ada, kita bukan buat jahat, ALLAH mesti tolong, biar Hakimy cakap dengan abang (cashier) tu.”

Hakimy terus ke kaunter dan berkata, “ Abang, papa saya tertinggal duit, tapi kami dah makan, boleh tak kami balik ambil duit, nanti datang balik, ALLAH kan ada, kami bukan orang jahat.” Cashier tersebut senyum malu-malu dengan percakapan daripada budak berusia 6 tahun.

Pendek kata, asas penting adalah perkenalkan ALLAH dan RasulNYA kepada anak-anak dalam bentuk Ilmu dan Amal. Itulah cara menarik mereka kepada ilmu bukan hiburan. Baik sangatkah anak-anak sang faqir? Tidak, bukan bermaksud baik sangat, tetapi sang faqir berharapan mereka menjadi Hamba ALLAH yang beriman, sebelum sang faqir atau isteri memejamkan mata meninggalkan dunia ini, itu sahaja, tidak lebih dari itu. Dan sang faqir yakin semua ibubapa di luar sana juga inginkan perkara yang sama.

Antara pendedahan yang lain adalah cara isteri sang faqir terapkan pada anak-anak, adalah berkongsi dengan mereka akan kesusahan dan keperitan mencari rezeki. Anak-anak sang faqir akan membantu isteri dalam menyusun produk, membungkus dan mengira produk.

Malahan antara tugas utama Hakimy adalah memandikan serta memakaikan adiknya Hafidz dan Khadijah (jika sang faqir berada di luar kawasan), mengumpul pakaian kering, melipat pakaian, mengemaskan tempat tidur dan rumah. Jadi, jangan terkejut atau pelik jika ke rumah sang faqir dan kalian melihat anak muda ini berpeluh-peluh menyapu di luar rumah. Ini adalah cara menarik mereka dari alam kelalaian dan keseronokan tanpa faedah.

Satu perkara lagi, elakkan bentuk perjanjian memberi hadiah jika boleh buat itu ini, kerana secara tidak langsung, moral mereka akan jatuh kerana mereka melakukan sesuatu untuk sesuatu, bukan kerana ALLAH dan kasih sayang kepada ibubapa.

Susahnya? Tidak susah jika cuba dan terus mencuba. Ibubapa perlu bersungguh-sungguh dan tiada istilah putus asa dalam mendidik anak-anak, mereka adalah pembawa payung kita di padang masyar kelak, mereka juga pembimbing kita ke telaga Kautsar untuk bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam.

Kelak di akhirat, ALLAH tidak akan tanya kita, apakah pekerjaan anakmu dahulu di dunia? Tetapi ALLAH akan tanya, bagaimanakah kamu menjaga anak-anakmu dan keluargamu? Mampukah kita menjawab akan persoalan itu jika kita tidak membuatnya.

APAKAH TIDAK BERGETAR HATI KITA MEMBACA DAN MENDENGAR Firman ALLAH Jalla Wa Ala yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

‘Hai orang-orang yang beriman, PELIHARALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNYA kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.’

ALLAHu ALLAH. AstaghfirULLAH. Gerun memikirkannya.

InsyaALLAH, sampai di sini dahulu perkongsiannya. Jika berkesempatan lain masa, sang faqir akan kongsikan lagi.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Wan Asrul Al-Kalatani merupakan salah seorang hamba Allah yang banyak memberi tips kekeluargaan dari sudut Islamik. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya.

Comments

Leave a Reply
  1. terima kasih atas perkongsian ini.. ilmu pengajaran yang sangat berguna terutamanya pada ibubapa zaman sekarang.. masalah gejala sosial semakin meningkat dan menjadi2.. anak2 seumpana sudah hilang rasa malu untuk berbuat maksiat..

    Allahu Akbar..

  2. Askm..tuan faqir..,saya ingin bertanyakan pendapat tuan..jika anak2 kita sudahpun terbiasa dgn gajet,bagaimanakah carannya utk membaikpulih pulih keadaan ini?

    • XUD power (of love)27/10/2012Et avec un bon avocat on peut espérer gratter combien?J’dis çà parce que j’ai repéré depuis un moment une version BX ambulance heuliez sur le koin koin et j’aimerai bien me l’offrir gratos histoire de remplacer celle que j’ai découpé à la makita deÃ#mr¨reient&n8230;..comme un un âne (je l’avoue).Depuis je roule en rougne et ma bix me manque.Mais j’ai pas d’sous

  3. Assalamu’alaikum. Alhamdulillah,saya membaca artikel anda, tertarik dgn susunan nya…dan mudah faham…minda pun terbuka , syabas! Teruskan dakwah anda.Terima kasih.

  4. Sy tertarik pd artikel encik.Tapi sy nak tanya,boleh ke sy ubahkan anak2 sy sebab mereka telah didedahkan dunia gadget dr baby lg.sekarang usia anak sy 6 tahun yg lelaki..yg perempuan usia 3 tahun..bt masa skang walaupun anak lelaki sy slalu dgn gadget tp tiap2 lepas maghrib mmg die dipaksa baca ikraq.Alhamdulillah nampakny hatinya terang ke arah keislaman cuma die liat nak ikut bsolat..tp anak perempuan sy bile suruh mengaji ikraq,die akan menangis..sy cuba untuk kurangkan pmainan gadget dan tgk kartun di tv tp rumah jd tongkang pecah dan porak peranda medang perang adik beradik..kalau sy marah diorang akan termenung dan murung.Sy sukar untuk handle anak2 sy sebab dok berjauhan dengan suami..

  5. Saya sudah lama simpan tv di rumah,laptop hanya petang dlm 1,2 jam. Memang rumah akan jadi berselerak, bising bergaduh..biarkan.tapi itu hanya istilah dari kita org dewasa. hakikatnya bagi anak,mereka sedang bermain. bergaduh selagi tak merbahaya biarkan mereka selesaikan sendiri, krn mereka sedang belajar skil sosial. anak2 saya lebih mendengar, lebih kreatif selepas meninggalkan tv terutamanya(sbb kita tak dapat pilih program),kalau video internet kita boleh pilih. jgn risau rumah berselerak. bergaduh sebenarnya mengeratkan mereka. bila mereka dah tidur kita rapikan. bermain di luar menjadikan anak lebih sihat, lebih gembira, dan lebih bijak. permulaan memang agak susah dikawal, tapi lihatlah kesan dalam 2-3 minggu. insyaAllah. marilah kita kekang gadget pada anak, yg menjadikan mereka pasif(bila diguna berlebihan).

  6. Untuk solat saya buatkan jadual supaya anak nampak jelas dlm 1 hari ada berapa kali solat. sebelum jadual mereka solat maghrib sahaja. lepas jadual, bilangan solat dalam sehari bertambah sbb mereka nampak bila solat kurang, maka waktu yg tertinggal akan kosong (kerana di pin pada yg done), pada mula saya sendiri letih dan agak tertekan sbb kena desak setiap kali kali azan waktu, saya mesti paksakan diri sbb saya yg buat jadual,saya mesti konsisten, angkat anak, bawa ke bilik air, teman berwudhuk. memang penat, dan penat. akan ambil sedikit waktu. Alhamdulillah sekarang bila azan mereka yg ingatkan, dan terakhir sekali, jadual dah tak digunakan lagi, saya yg pulak ditegur anak bila lengah azan. sekadar berkongsi moga sama2 kita dpt manfaat, yg baik semua daripada rahmat Allah belaka.

  7. Terima kasih admin atas perkongsian.
    Mohon halalkan ilmu untuk sye jadikan panduan dalam mendidik anak2 sye kelak……in shaAllah

  8. Terima kasih admin di atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan untuk semua pembaca dalam mendidik anak-anak di zaman yang penuh pancaroba ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

comments

Ibu sedih

Gagalkah Saya Jika Anak-Anak Tidak Menjadi Orang?

Susu ibu

Tips Susu Bayi Terbaik: Susu Lembu, Susu Kambing atau Susu Soya ?