Ciri utama bahayanya ialah sebab kandungannya setanding gula dalam air bergas.Tidak caya boleh check label kandungan kebanyakan minuman ini.

Jualannya saya terbaca satu kampeni ni 270,000 botol sehari. Bayangkan campur kampeni lain, maunya 1juta botol sehari orang Malaysia beli. Ya ampun. Astaghfirullahal azhimm.

 

Minuman Kultur
Imej viadigihanger

Bahayalah kan. Sebab ramai rasa ia sangat sihat. Bahkan guna untuk pulihkan kesihatan pun ada juga. Wow. Takkan tak bahaya guna bahan bahaya untuk pulih kesihatan.

Detoks.

Pulihkan perut.

Kuatkan antibodi.

Banyakkan bakteria baik.

Aktifkan usus supaya lawas.

Iyaa. Jawapannya sebahagian besar:

Minuman Berkultur Komersial (Minuman Yogurt)

Itulah yang selalu diberi kepada anak-anak yang ketagihan gula. Sebab mereka suka. Sihat pulak tu kuman baik.Kultur pun sejemput je dah mati dalam tu tahun lepas kot sesetengahnya gula berlambak.

Gula yang paling beracun bila berlebihan:

 

Fruktosa

Penyebab rosak saraf dan otak. Kolesterol jahat sumbat jantung. Gout. Obesiti. Ketagihan gula.

Sekali beli berpeket-peket. Buat stok. Milo, teh tarik memang tau dah bahaya banyak gula. Paling koman pun tau lah tak berkhasiat mana pun.

Minuman tenaga takde minum tiap-tiap harikan.

Bukan tak boleh minum. Bukan tak bagus. Pilihlah yang rendah gula. Tengok kandungan gula dalamnya. Air manis kanak-kanak 4-8tahun 12g saja gula. Minum 100ml saja dah sampai limit gula tambahan yang disyorkan untuk kesihatan anak-anak. Makan lain ada gula tambahan juga..

Maka minumlah air manis berpada-pada ya. Sehari sekali pun kira limit tu. Sekali sekala okay lah bila outing dengan kawan-kawan. Janganlah sampai jadi santapan harian untuk kesihatan anak-anak ya.

.

Penulis: Dr Hafiz Sulaiman

Merupakan seorang doktor perubatan yang juga dikenali sebagai pejuang kesihatan. Rajin berkongsikan tentang info yang menarik tentang kesihatan di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.