Apa Itu Rezeki? Jom Fahami Info Menarik Ini

Kadangkala -kala kita tertanya-tanya mengapa kita tidak kaya. Kita menganggap bahawa kaya itulah yang dikatakan rezeki.  Kita lupa bahawa konsep rezeki luas.

Perkongsian daripada Ustaz Iqbal Zain mengenai konsep rezeki menarik untuk dilihat.

 

Apa Makna Rezeki

Imej via Tama66 

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.

Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga.

Jadi…

“Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.”

Ya! Yang penting, kamu percaya. Kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima.

Pendapat Anda?

comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!