Nota Editor: Arikel tentang penyakit ini telah menarik pihak Bidadari.my utnuk dikongsikan. Semoga ianya membantu ara ibubapa untuk memahami tentang apa itu sebenarnya penyakit ini. Sumber datangnya daripada myhealth.gov.my

—————————————————————————————————————

Penyakit pneumokokal atau pneumococcal disease (PD) merupakan penyakit kronik berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae.

Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia.

Bakteria ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi pada tubuh berbeza seperti meningitis (jangkitan selaput otak dan saraf tunjang), bakteremia (jangkitan dalam darah), pneumonia (jangkitan paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Konsultan Neonatologist dan Paediatrik, KPJ Damansara Specialist Hospital, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin berkata, di seluruh dunia setiap tahun sebanyak 1.6 juta pesakit meninggal kerana dijangkiti bakteria streptococcus pneumoniae ini.

Katanya, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, PD menjadi penyebab utama kepada kematian kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di seluruh dunia.

pd

medscape.com

“Sebanyak lima peratus kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun yang dijangkiti meningitis meninggal atau sebahagian mereka akan mempunyai masalah buta kedua-dua belah mata dan hilang pendengaran.

“Sementara itu, jangkitan kuman pada hidung dan jangkitan telinga tengah (otitis media) selalunya berada pada tahap biasa dalam kategori penyakit PD,” jelasnya.

Tambah Dr. Musa lagi, selain kanak-kanak PD juga boleh menjangkiti orang dewasa.

Individu yang dijangkiti PD lebih berpotensi untuk menyebarkan virus berkenaan kepada individu berdekatan melalui bersin dan batuk.

“Begitu pun tidak semua yang individu yang berada dengan pesakit PD akan dijangkiti. Risiko tinggi untuk dijangkiti adalah di kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun, khususnya kepada kanak-kanak berumur dua tahun atau lebih muda daripada umur tersebut.

“Orang dewasa yang berumur lebih daripada 55 hingga 65 tahun juga mempunyai risiko mendapat jangkitan PD.

“Mereka yang tidak menyusu badan, pendedahan terbuka kepada asap rokok, banyak menghabiskan masa di pusat jagaan harian kanak-kanak dan kekurangan imunisasi pneumokokal akan lebih berisiko untuk dijangkiti,” jelasnya.

Dr. Musa menambah, keempat-empat jenis jangkitan daripada PD yang menyerang kanak-kanak ini mempunyai simptom berbeza yang perlu dikenal pasti oleh penjaga pada anak-anak mereka.

“Bagi meningitis, apabila kanak-kanak tersebut telah diserang dia akan mengalami sakit kepala, muntah-muntah, demam, dan dalam beberapa kes yang kritikal dia akan mengalami koma.

“Kanak-kanak yang berumur bawah setahun mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti dengan meningitis dengan purata 10 kes daripada 100,000 kanak-kanak.

pd2

mydr.com.au

“Otitis media iaitu jangkitan berkaitan dengan telinga tengah boleh dikenal pasti melalui simptom berlaku pembengkakan pada gegendang telinga yang menyebabkan mereka mengalami sakit telinga. Apabila terkena jangkitan ini mereka akan demam, sentiasa mahu tidur, meragam dan tidak selesa.

“Pneumonia dan bakteremia juga adalah penyakit serius yang menyebabkan kanak-kanak yang dijangkiti demam, meragam dan kadar pernafasannya laju,” katanya

Tambah Dr. Musa lagi, PD boleh dirawat dengan antibiotik, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini bakteria tersebut didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan.

Ini membuatkan rawatan menjadi lebih sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yang lebih panjang dan kos yang tinggi.

Beliau berkata, cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal adalah melalui suntikan vaksin.

Kini terdapat dua jenis vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak iaitu Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen (PCV10) bagi melindungi kanak-kanak daripada 10 jenis bakteria pneumokokal dan Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) iaitu untuk melindungi kanak-kanak daripada 13 jenis bakteria pneumokokal.

Vaksin polysaccharide pula digunakan kepada orang dewasa.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.