5 Langkah Mudah Ini Buat Anak Senang Bangun Pagi

Nota Editor: Membangunkan anak adalah antara tugas yang perlu dibuat setiap pagi.Tapi tahukah para ibubapa, anda boleh buat anak anda bangun pagi dengan senang.

 

Tips anak bangun
fujikama

Nah ini 5 langkah ibu bapa boleh lakukan:

 

1. Bersiap Sebelum Tidur

Pastikan 15 minit sebelum tidur anak-anak siapkan keperluan mereka untuk hari esok. Keperluan ke sekolah dan keperluan – pakaian ke Surau untuk solat Subuh.

Pastikan mereka siapkan sendiri keperluan mereka dan ibubapa pantau sahaja.

 

2. Skrip Otak Sebelum Tidur

Baca set doa tidur memang dah wajib, skrip yang dimaksudkan adalah beritahu anak untuk bangun jam berapa.

Contoh 5 pagi dan bersedia untuk ke surau dan bincang apa aktiviti yang akan dilakukan, biarpun benda yang sama kita kena ulang, mengulang perkara yang sama memang bosan tetapi itulah caranya untuk membentuk budaya dalam diri. Untuk sembahyang pun azan diulang-ulang sampai 5 kali sehari.

3. Skrip Kejut Anak

Ayat yang kita guna untuk kejut anak seharusnya berbunyi lebih kurang seperti ini “Nak…! Bangun, Jom Subuh!” Atau mana-mana ayat yang sewaktu dengannya.

Kalau kita kejutkan anak supaya dia bangun untuk ke sekolah, bayangkan apa jadi masa hujung minggu atau masa cuti sekolah? Itu yang tak bangun pagi tu sebab tiada sekolah. Solat Subuh pun liat le jawabnya.

 

4. Aktiviti Fajar

Rancang aktiviti selepas solat Subuh seperti senam pagi, baca Al-Quran, tonton video pengisian rohani, sediakan sarapan pagi dan sebagainya. Aktiviti Fajar ini akan membantu anak-anak ceria dan cergas di awal hari.

 

5. Hargai Anak

Berilah penghargaan pada anak kerana bangun pagi, sesekali belikan hadiah, atau puji mereka, nyatakan betapa gembiranya kita dapat anak yang suka bangun pagi.

Cerita lah pada anak kelebihan bangun awal pagi dari segi kesihatan fizikal kita, emosi dan rohani kita juga. Cuma kena pastikan Penghargaan ni tak boleh selalu beri, cukup sekadarnya sahaja. Penghargaan dan pujian sama macam garam dalam lauk, jika terlebih akan jadi pahit dan penyakit.

Semoga Allah bantu para ibubapa sekalian mendapat generasi bertaqwa.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!