Wahai Ibu Bapa, Anak-anak Kita Bukan Malaikat

Anak-anak kita bukan malaikat, bukan juga orang dewasa. Mereka tidak sempurna, dan pasti tidak akan dapat menjadi dewasa sebelum sampai masanya.

Baby Sedih
Imej:onebyonesafehaven.org

Tertumpah air berkali-kali, berlari-lari dan menjerit di masjid walaupun telah dipesan 100 kali, terkencing di waktu malam, menconteng dinding, memecahkan pinggan dan cawan, terosakkan mainan yang baru dibeli, berguling-guling di pasaraya dan pelbagai lagi adalah asam garam dan ujian buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Bersabarlah wahai ayah dan ibu dalam meluruskan kesalahan-kesalahan mereka, bak kata Al Ahnaf Bin Qais ketika menasihati Muawiyah yang sedang marah kepada anaknya Yazid,

“Anak-anak adalah buah hati kita, dan tulang belakang kita. Kita laksana tanah yang rendah bagi mereka, dan langit yang meneduhi mereka. Jika mereka meminta sesuatu, berikanlah.

Jika mereka marah, pujuklah. Kelak mereka akan memberimu kesayangan mereka, dan akan berkongsi denganmu rahsia mereka.

Dan janganlah engkau menjadi penghalang, nescaya mereka akan menjadi jemu dengan kehidupanmu, dan mencita-citakan kematianmu.”

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!