8 Bahasa Lelaki yang Pelik

Oh isteri, suami juga mempunyai bahasa yang pelik. Jom fahaminya melalui artikel ini.

bahasa pelik lelaki
imgarcade.com

# Bahasa Pelik Lelaki 1

Apabila isteri buat kerja rumah, masak lauk yang sedap-sedap tidak dipujinya dengan lisan. Tetapi apabila dia sendiri yang buat kerja rumah yang jarang² dilakukan, akan rasa ‘hangin’ satu badan bila isteri tidak ucap terima kasih.

# Bahasa Pelik Lelaki 2

Bila lelaki beritahu sudah makan di pejabat dan waktu itu isteri sedang masak. Apabila dihidangkan makanan, dia duduk sekali ‘melantak’. Tadi kata sudah makan.

# Bahasa Pelik Lelaki 3

Bila lelaki buat kerja rumah yang memang jarang dilakukannya, dia rasa sangat bagus pada hari itu. Berbuih-buih mulut cerita kerenah anak-anak yang dijaganya kepada isteri walaupun baru setengah hari. Dia tidak tahukah kerja itu isteri buat hari-hari.

# Bahasa Pelik Lelaki 4

Apabila isteri minta belikan sesuatu atau uruskan sesuatu di luar rumah. Kemudian dia terlupa. Apabila pulang, isteri tanya dan dia beritahu dia terlupa. Selepas itu disalahkan isteri kerana tidak ingatkan dia dalam perjalanan tadi. Eh…eh…eh, mamat ni. Hehe!

# Bahasa Pelik Lelaki 5

Apabila isteri tanya, “Saya beli dua ya bang?” Dia pun jawab, “Awak ambillah sepuluh pun.” Kemudian isteri beli sepuluh, kemudian dia tanya balik, “Kenapa beli banyak sangat?”

# Bahasa Pelik Lelaki 6

Apabila lelaki mencari sesuatu barang dan dia tidak temui. Dalam masa 15 saat dia akan tanya isteri. Apabila isteri jawab tidak tahu atau tidak nampak.

Dia akan angkat suara dan berkata kepada isteri dengan ayat, “Takkan awak tak nampak.” Dia ingat barang peribadinya semua isteri tahu. Hehe!

# Bahasa Pelik Lelaki 7

Apabila lelaki memandu dalam suasana diam seketika. Kemudian dia terus bertanya atau bercakap tentang perkara yang tidak tahu pokok pangkalnya. Lazimnya apa yang dia sedang fikir.

Apabila isteri tidak faham dan ‘blur’ seketika. Dia akan tanya, “Awak dengar ke tak?” Bayangkan, tiba-tiba diceritakan tentang falsafah Ikhwan al-Safa’, boleh pitam isteri untuk faham.

# Bahasa Pelik Lelaki 8

Apabila lelaki solat di awal waktu. Laju sahaja berleter suruh solat awal. Apabila gilirannya asyik sehingga waktu solat pun hampir luput. Tidak ada pula leteran yang sama.

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!