Masalah kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan yang melampau pada penghidapnya. Eczema, juga dikenali sebagai dermatitis, merupakan masalah yang menyebabkan kulit menjadi panas, kering, gatal dan bersisik.

Dalam kes yang agak teruk, kulit penghidap akan menjadi terlalu merah dan boleh berdarah. Psoriasis pula merupakan masalah keradangan kulit yang berbeza. Psoriasis diketahui melalui tompokan merah pada kulit dan dilitupi dengan lapisan putih yang lain.

Walaupun merupakan dua penyakit yang berbeza, eczema dan psoriasis berkongsi simptom yang sama iaitu kulit yang terlalu kering dan gatal. Saya juga merupakan salah seorang penghidap eczema. Adanya eczema menyebabkan pergerakan dan aktiviti menjadi terbatas.

Siang malam bergantung pada krim yang diberikan doktor untuk melegakannya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan udara di Malaysia yang tidak begitu bersih ditambah dengan suhu yang panas, menyebabkan eczema ini lebih dari menyeksakan.

Tahukah anda, terlalu bergantung pada krim doktor adalah satu petanda yang tidak menyihatkan. Untuk jangka masa panjang, kita pasti akan menanggung penyakit lain akibat daripada pengambilan krim yang terlalu banyak.

Oleh itu, penghidap eczema dan psoriasis harus mencari summber rawatan alternatif untuk melegakannya.

merawat eczema

Sapu: Vegetable Shortening atau Lemak Sayuran

Vegetable shortening sering digunakan dalam pembuatan kek atau pastri. Apa kata kali ini, gunakan ia untuk melegakan eczema dan psoriasis.

Struktur vegetable shortening yang agak tebal dan berminyak ini menyebabkan ia merupakan antara bahan yang sesuai untuk disapu pada kulit yang kering dan merekah, sekaligus membantu dalam proses penyembuhannya.

Hanya lumurkannya pada kawasan yang dijangkiti, balut dengan plastik dan letakkan pelekat. Biarkannya lebih kurang 2 hingga 4 jam untuk memastikan pelembap itu meresap jauh kedalam kulit.

Ulang seberapa banyak yang mungkin sehingga ruam berkurangan.

Sapu: “Resepi Rahsia” Sewaktu Mandi

Campurkan satu cawan minyak sayuran kedalam air mandian untuk melembapkan dan melegakan kulit yang kering.

Selain itu, anda juga boleh mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun dan satu cawan susu ke dalam air mandian anda.

Mandian oatmeal juga terkenal untuk melegakan kegatalan pada kulit. Hanya kisar beberapa genggam oatmeal biasa di dalam mesin pengisar dan taburkannya ke dalam air mandian anda.

Dengan hanya mencampurkan 1 hingga 3 cawan garam Epsom ke dalam air mandian anda, kegatalan dan sel-sel kulit mati dapat dikurangkan. Tambahkan juga satu sudu kecil minyak lavender ke dalamnya untuk memberi keselesaan, ketenangan dan penyembuhan pada kulit.

Makan: Kunyit

Kajian terbaru mendapati bahawa rempah ratus dapan mengurangkan keradangan pelbagai jenis masalah kulit – salah satunya adalah psoriasis.

Curcumin, sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit, didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan pengambilan satu sudu kecil kunyit setiap hari.

merawat eczema

Sapu: Cuka Epal Sider atau Apple Cider Vinegar

Ramai sudah mengetahui tentang khasiat cuka epal sider ini. Selain dari antara makanan sunnah dan boleh melegakan ketidakselesaan perut, cupa epal sider ini juga boleh digunakan untuk melegakan keradangan dan kesan terbakar pada kulit.

Anda hanya pergu gunakan bebola kapas untuk menyapu cuka epal sider pada kawasan kulit berkuping dan kering. Untuk kawasan kulit yang lebih besar, sapukan secara menyeluruh dengan menggunakan kertas tisu yang bersih yang telah dicelup satu bahagian cuka epal dan satu bahagian lagi air biasa.

AMARAN: Jangan gunakan jenis rawatan ini sekiranya kulit pesakit pecah atau berdarah, kerana cuka epal ini akan menyebabkan pesakit mengalami kepedihan dan dikhuatiri akan menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan kulit.

Sapu: Minyak Zaitun atau Olive Oil

Minyak zaitun juga merupakan antara minyak semulajadi yang kaya dengan omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan.

Cuba sapukan minyak zaitun yang bersuhu agak suam keatas kawasan yang dihidapi untuk melembutkan kulit yang terlalu kering. Sekiranya psoriasis menjangkiti kawasan kulit kepala, cuba sapukan sedikit minyak zaitun semasa mandi untuk  membuang sel kulit mati dan melembutkan kulit.

Amalkan minyak zaitun dalam diet seharian anda boleh membantu menyembuhkan kulit dari dalam.

Makan: Flaxseed

Flaxseed sangat kaya dengan omega-3, yang membantu dalam menghalang arachidonic, sejenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan dalam badan.

Kisar kering beberapa sudu kecil flaxseed, dan tambahkannya ke dalam ais krim, jus, salad atau oatmeal. Anda boleh juga menggunakan minyak flaxseed sebagai dressing untuk salad atau sayuran.

Pilihan sajian alternatif yang lebih menyihatkan berbanding kangkung goreng belacan atau bayam goreng bercili yang biasa diambil oleh masyarakat kita.

Sapu: Minyak Tea Tree 

Sapukan beberapa titik minyak tea tree yang dicampur dengan sedikit minyak zaitun pada bahagian kulit yang kering atau bersisik beberapa kali sehari. Di Australia, masyarakat di sana gemar menggunakan cara ini untuk mengurangkan kegatalan dan melembutkan bahagian kulit yang kasar akibat masalah kulit yang dihadapi.

merawat eczema

Sapu: Aloe Vera

Aloe vera semakin mendapat perhatian yang meluas di Malaysia terutamanya apabila pelbagai khasiatnya ditemui. Aloe vera dikatakan kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal.

Sekiranya anda mempunyai eczema atau psoriasis, cuba tanam pokok aloe vera sendiri di rumah. Dengan menanam sendiri, anda boleh mengambil gel aloe vera yang segar dan asli. Cara ini lebih baik berbanding membeli aloe vera dikedai yang telah dicampuri pelbagai bahan kimia lain untuk memastikan aloe vera tersebut tahan lama.

Kaedah penjagaan pokok aloe vera ini pun tidaklah terlalu sukar berbanding penjagaan pokok lain.

Sapu: Baking Soda

Campurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran baking soda itu pada kulit yang gatal untuk kelegaan yang cepat.

Makan: Minyak Ikan atau Fish Oil

Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa omega-3 dalam minyak ikan sangat membantu untuk mengurangkan eczema dan psoriasis terutamanya apabila diambil dengan dos yang agak tinggi iaitu antara 3 hingga 10 gram sehari.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan. Selain dari mengambil suplemen tambahan, khasiat minyak ikan boleh juga didapati dari pemakanan ikan-ikan seperti salmon, sardin, herring, makarel dan tuna.

Sasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 3 ke 4 auns ikan-ikan tersebut seminggu.

PERHATIAN: Omega-6 yang didapati dari minyak bunga matahari, jagung dan safflower boleh mengeruhkan lagi keradangan pada kulit. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah kulit, elakkan pengambilan minyak tersebut dalam diet pemakanan seharian.

Semoga bermanfaat. Wassalam :)

BACA : Cara Merawat Ekzema Pada Bayi

kredit gambar: Bodra & Jasmin Swift, Tim Lum, John

Penulis: Ummu Hatim

Ummu Hatim adalah salah seorang penulis tetap di Bidadari.My. Penulisannya banyak mengenai keibubapaan dan tips kesihatan. Menulis untuk mendidik diri sendiri disamping berkongsi ilmu pembacaan yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.