Mengimbau kembali zaman persekolahan kita dahulu, subjek Pendidikan Seni adalah kelas yang mengajar kita cara-cara menghasilkan pelbagai seni dan kraf yang menarik.

Sebelum anak-anak kecil memulakan alam persekolahan mereka, ibu bapa boleh mendedahkan mereka dengan aktiviti seni atau kraf bermula dari rumah.

Ianya dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak terutamanya kemahiran menggunting dan menampal sebagai persediaan untuk menulis di sekolah kelak.

Selain itu, aktiviti kraf juga dapat meluaskan lagi daya imaginasi mereka di samping mengasah bakat, daya kreativiti dan inovasi anak kecil.

Foto Kredit : smore.com

10 IDEA KRAF MUDAH UNTUK DILAKUKAN DI RUMAH

Berikut merupakan 10 cadangan kraf mudah untuk dilakukan bersama anak-anak kecil di rumah. Semoga bermanfaat!

1. ‘BINOCULAR’

Bahan-bahan : ‘Tissue roll’, ‘salotape’, kertas warna, gunting, tali / riben

  • Bantu anak untuk mengukur dan melakar garisan lurus pada kertas warna.
  • Minta anak gunting kertas warna mengikut lakaran.
  • Lekatkan potongan kertas warna tersebut pada ’tissue roll’ dengan menggunakan ‘salotape’.
  • Tampal ‘sticker’  yang comel dan menarik pada ‘binocular’ ini dan siap digunakan untuk bermain ‘pretend play’.

Tips : Gunakan kertas berwarna terang supaya hasilnya lebih menarik.

2. TELESKOP

Bahan-bahan : Kertas warna pilihan, ’tissue roll’, ‘sticker’, gunting, gam

  • Bantu anak dengan melakar garisan lurus pada kertas warna mengikut saiz ’tissue roll’.
  • Minta anak gunting kertas warna mengikut garisan lurus yang telah dilakar.
  • Tampalkan ‘sticker’  pada kertas warna yang telah siap digunting itu.
  • Lekatkan kertas warna pada ’tissue roll’ dengan menggunakan gam dan siap!

Tips : Jika tiada ‘sticker’, boleh gunakan potongan pelbagai bentuk daripada kertas warna atau potongan gambar menarik daripada majalah lama sebagai hiasan teleskop ini.

3. ‘PAPER OCTOPUS’

Bahan-bahan : Kertas warna pilihan, pen marker, gunting, gam

  • Bantu anak dengan membuat ukuran dan lakaran pada kertas warna.
  • Minta anak untuk menggunting kertas warna tersebut mengikut lakaran.
  • Lukis bahagian muka sotong ini dengan menggunakan pen marker.
  • Akhir sekali, lekatkan kertas warna tersebut dengan menggunakan gam untuk membentuk sotong.

4. ‘PAPER RAINBOW’

Bahan-bahan : Kertas warna, kad manila biru / kotak terpakai, gunting, gam

  • Bantu anak dengan membuat  lakaran matahari, awan dan pelangi pada kertas warna.
  • Minta anak untuk menggunting kertas warna tersebut mengikut lakaran.
  • JIka tiada kad manila biru, tampalkan kertas berwarna biru laut di atas kotak terpakai sebagai tapak kraf ini yang mana warna biru laut ini sinonim dengan warna langit.
  • Tampal kertas berwarna pelangi di atas tapak biru tadi dengan mengenakan gam pada kedua-dua hujungnya sahaja.
  • Akhir sekali, tampal matahari serta awan di kedua-dua hujung pelangi.

Foto Kredit : itsybitsy.ro

5. ‘HANGING RAINBOW’

Bahan-bahan : pinggan kertas, kertas warna, tali / riben, kapas, gunting, gam

  • Bantu anak dengan membuat lakaran pada kertas warna.
  • Minta anak gunting kertas warna tersebut mengikut lakaran.
  • Guntingkan juga pinggan kertas kepada dua bahagian.
  • Tampalkan potongan kertas warna-warna pelangi di bahagian hadapan pinggan kertas.
  • Kemudian, tampalkan kapas di bahagian hadapan belakang kertas yang mana kapas putih ini disinonimkan sebagai awan.
  • Setelah siap, tambah tali atau riben di bahagian atas belakang pinggan kertas dan ianya boleh digantung sebagai hiasan.

Foto Kredit : ok.ru

6. ‘PAPER FLOWER’

Bahan-bahan : ‘Paper cupcake liners’‘masking tape’, batang ais krim, kertas warna, gunting

  • Bantu anak dengan melukis gambar bunga serta daun di atas kertas warna pilihan.
  • Kemudian, minta anak menggunting kedua-dua bentuk tersebut.
  • Tampal batang ais krim di bahagian belakang bunga dan tampal daun di bahagian belakang batang ais krim.dengan menggunakan ‘masking tape’.
  • Akhir sekali, tampalkan ‘paper cupcake liner’  pada bahagian tengah hadapan bunga dengan menggunakan gam dan siap!

Tips : Boleh juga lekatkan batang ais krim pada lidi dan cucukkan ia ke dalam kotak tisu terpakai, polistrin atau span keras untuk untuk dijadikan hiasan.

8. ‘PAPER PLATE FISH’

Bahan-bahan : Pinggan kertas, kertas warna, pen marker, warna air, gunting

  • Minta anak buat pilihan untuk membuat ikan yang mulutnya terbuka atau tertutup.
  • Jika pinggan kertas berwarna putih, anak boleh mewarnakan pinggan kertas tersebut  dengan menggunakan warna air mengikut warna pilihan.
  • Kemudian, lukiskan mata ikan tersebut dengan menggunakan pen marker.
  • Sekiranya anak memilih untuk membuat ikan yang mulutnya terbuka, minta anak menggunting sedikit bahagian hadapan ikan dan jadikan potongan pinggan pinggan kertas tersebut sebagai ekor.
  • Sekiranya anak memilih untuk membuat ikan yang mulutnya tertutup, anak perlu menggunting pinggan kertas lain untuk dijadikan bahagian ekor dan lukiskan mulut ikan tersebut pada pinggan kertas pertama tadi.

Tips : Untuk menjadikan ikan yang lebih menarik, boleh tambahkan bunga, riben, topi atau sebarang hiasan lain pada ikan tersebut.

Foto Kredit : pinterest.es

9. ‘PAPER PLATE HAT’

Bahan-bahan : Pinggan kertas, pen marker, warna air. gunting

  • Minta anak untuk melipat pinggan kertas kepada dua bahagian.
  • Bantu anak dengan melukis sebelah bahagian objek pilihan pada pinggan kertas tersebut.
  • Kemudian minta anak guntingkan ia mengikut bentuk yang telah dilukis.
  • Buka lipatan pinggan kertas untukmelihat hasilnya.
  • Jika pinggan kertas bewarna putih, warnakan ia dengan menggunakan warna air mengikut warna pilihan.

Tips : Tambah sebarang hiasan pada topi agar ianya kelihatan lebih menarik.

Foto Kredit : pinterest.cl

10. ‘FELT / PAPER ICE CREAM’

Bahan-bahan : Kain felt / kertas warna, batang ais krim, gam UHU (jika gunakan kain felt) / gam biasa (jika gunakan kertas)

  • Bantu anak dengan melakar bentuk ais krim pada kain felt atau kertas warna/
  • MInta anak untuk menggunting bentuk ais krim tersebut mengikut lakaran/
  • Lekatkan potongan bentuk ais krim tadi dwngan menggunakan gam, dan tinggalkan sedikit  sahaja bahagian sebagai lubang untuk memasukkan batang ais krim ke dalam bentuk ais krim tersebut.
  • Setelah siap, masukkan batang ais krim ke dalam lubang pada ais krim yang telah siap inik.

Nota : Ianya bukan sahaja dapat digunakan oleh anak kecil untuk bermain ‘pretend play’, tetapi juga boleh menjadi salah satu bahan untuk mengajar anak tentang warna dan mengira.

AKTIVITI KRAF MENINGKATKAN KEMAHIRAN ANAK

Terdapat pelbagai lagi idea kraf menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak dengan menggunakan beberapa bahan asas sahaja.

Semoga dengan meluangkan masa bersama anak-anak untuk berkreativiti sebegini, ianya dapat mengasah pelbagai kemahiran serta meningkatkan keyakinan diri agar mereka tidak kekok untuk melakukan aktiviti seni dan kraf di sekolah nanti.

Kelak, apabila mereka menginjak ke alam remaja dan dewasa, mereka mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencari alternatif penyelesaian terhadap sesuatu perkara.

Penulis: Eyza Faizah

Graduan dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti tempatan. Berpengalaman dalam bidang pengurusan dan professional serta pengacaraan majlis. Kini bergelar 'work at home mom' (WAHM) - berkhidmat untuk keluarga dan menulis artikel online. Beliau boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.